Sunday, 3 March 2013

DIARI RINDU UNTUK SAHABAT

          Bismilahirahmanirahim..syukur ya allah di atas limpah kurniamu yang tidak terhingga padaku selama ini.Segala susah dan senang yang engkau berikan padaku selama ini memberi pengajaran dan mematangkan lagi diriku tentang arti sebuah kehidupan..tujuan..dan matlamat kehidupanku menuju padaMU YA RABB..



      Rindu mengheret jari jemariku menari-nari menukilkan sesuatu yang perlu engkau tahu.Berat bebanan ini untuk aku lalui seorang diri,berat bahu ini untuk aku memikul segala bebanan rindu ini seorang diri tanpamu.Engkau perlu tahu apa itu arti rindu.baru kau merasai hebatnya rindu.
      Rindu juga mengheret aku melihat semula kenangan kita,menyelak semula lembaran demi lembaran lama yang ku simpan rapi dalam kotak kenangan yang ku simpan kemas di sudut hati yang tidak mampu untuk sesiapa singkap.Walau kini kita sudah berbeza haluan,namun jauh di sudut hatiku kau masih duduk tegap dalam jiwaku.Malam itu ku ambil semula sebuah dairi lusuh yang tersimpan kemas dalam almari bajuku,entah mengapa malam itu rinduku membuak-buak terhadapmu membuatkan semangatku mendesak untuk aku mencapai diari itu.Diari lusuh berwarna coklat ku ambil,ku selak helai demi helaian.lalu ku baca setiap patah perkataan yang ku cipta sendiri bersama kenangan denganmu..seiring..ya kau perlu tahu setiap patah perkataan itu seiring dengan kehidupanku bersamamu dari awal hingga..ku rasa tiada penghujungnya rinduku ini.Semakin ku cuba untuk hentikan rindu ini,semakin semarak jiwa ini penuh dengan rinduku padamu.
      Mungkin ada orang kata aku "gila"..gila kerana masih merindukanmu hingga kini.Aku cuba berdialog pada hatiku sendiri "siapa yang mempunyai kau wahai hati?" pantas hati menyatakan "Dia yang engkau cinta masih berada bersamaku"..nah engkau sudah mengetahuinyakan apa yang hatiku katakan tapi sayang kau tidak mendengarnya.Sayang seribu kali sayang..kau tidak mendengarnya..mendengar sendiri hatiku berkata.Disebabkan itulah rindu terus mengheret aku ke sini,ke ruangan gelap ini..menukilkan semua yang sarat tertanggung di benakku.
        Cinta itu jujur dan ikhlas..jujur dan ikhlas jika tidak berlandas hawa dan nafsu.Manusia itu sendiri yang selalu menipu diri sendiri tentang kewujudan cinta pada hati.Tolonglah tanya hatimu..sila tanya pada hatimu "wahai hati,siapa yang lebih kau cinta?" maaf jika jawapanya aku yang lebih kau cinta dari segalanya..sebenarnya engkau buta! aku juga buta! kita sama-sama buta tentang arti cinta sebenarnya.Aku ingin kau dan aku tahu cinta itu yang sebenarnya adalah milik hakiki pencipta kita =)
         Rasa yang kau dan aku rasai kini adalah kurnia dari Ilahi..aku bersyukur kerana aku terpilih untuk merasai rasa ini padamu.Aku mohon maaf andai rasa ini menggugat ketenanganmu,sebab rasa ini akan membuatkan kehidupan kita bertukar 100%.Aku mengakuinya..mengaku yang kehidupanku bertukar setelah aku mengenali dirimu dan rasa itu muncul dalam hatiku.Ku pendamkan semua ini agar ia terjamin untuk mu seorang sahaja rasa ini,tapi siapalah aku untuk tentukan qada' dan qadar tuhanku.Aku hidup pun kerana tuhanku.Tuhanku yang menciptakan aku,tuhanku yang memiliki diriku dan hatiku.Tuhanku yang memegang diriku..tanganku..hatiku..akalku..jiwaku.Maka aku serahkan rasa ini pada tuhanku.Kuserahkan cinta ini pada tuhanku,agar Dia uruskan kehidupan cintaku padamu.
        Aku ini manusia biasa yang tidak lari dari dosa-dosa semalam..tuhanku menjemputmu bertandang di hatiku.Hatiku mula membisikkan sesuatu pada diriku "kau tahu tak jiwa,aku sedang dilamun cinta pada dia =) " lalu jiwa pun membalas "kau pasti hati? aku ragu dengan cinta manusia" lalu hati mula menyendiri membawa diri.Akal mula rasa resah gelisah pening memikirkan hati yang membawa diri.Mengapa ya sejak pertemuan dengan jejaka itu hati membawa diri? bagai ada yang tidak kena dengan hati,apa masalah hati sebenarnya? Akal lalu pergi menemui hati,berbicara selembut mungkin,ingin menyelami rasa hati.Ingin mengetahui mengapa hati membawa diri.Akal bertanya "hati mengapa kau menyepi? kau tahu tak,aku sangat sepi tanpamu.Diri ini terlalu rindu dengan keriuhanmu" dengan resah hati meluahkan " terima kasih akal kerana kau sahabat yang sangat mengambil berat tentangku.Sebenarnya aku ingin bawa diriku jauh dari jejaka itu.Aku tidak sanggup untuk berhadapan denganya" akal yang mendengar luahan hati lalu terkejut dan terkesima "mengapa hati? kau membencinya?" soal akal. "tidak akal,aku menjauhinya kerana aku tidak sanggup memendam rasa cinta yang sedang aku lalui ini,aku tidak sanggup cinta ini melebihi cintaku pada tuhanku,kau tahukan akal bahawa kita telah berjanji pada tuhan kita bahawasanya hidup kita ini hanya untuk tuhan kita sahaja.Lalu aku mengambil keputusan ingin membawa diriku jauh dari cinta manusia itu.Aku ingin serahkan rasa cinta ini pada tuhanku biarlah semuanya tuhanku yang putuskan hak siapa yang layak memiliki aku " begitulah luahan hati yang tidak sanggup untuk menguruskan rasa cinta itu untukmu.
        Aku membawa diriku jauh darimu,agar rasa ini tidak mencengkam terlalu kuat pada hatiku.aku tidak mahu rasa cinta padamu ini berpaut di dahan hatiku yang terlalu rapuh bila-bila masa ia akan patah kerana hatiku tidak sekuat hati kekasihku Muhammad Rasullah s.a.w.
       Diari coklat bukti rasa cintaku padamu.Jangan kau tanya kemana ku pergi,jangan kau menyalahkan dirimu atas apa yang berlaku selama ini karna tuhan kita tidak mahu hambanya menyesali setiap qada' dan qadarnya di persoalkan.Serahkan saja cintamu untukku pada Dia.Aku meredhainya wahai sahabat.Aku mensyukuri segala nikmat yang telah ku rasai selama mana kita bersahabat.Memori indah sewaktu kita bersama menjadi memoir yang tidak dapat aku lupakan dan teramat manis untuk aku simpan dalam setiap lipatan kenanganku bersamamu.Sahabat andai kau merinduiku..dan terlalu merinduiku ku pohon doamu untuk mengiringiku.Hanya itu caraku untuk menghilangkan rasa rinduku padamu..hanya setangkai doa dan Fatehah meniti dibibirku saat rindu itu mencengkam di benakku.Semoga Allah merahmati persahabatan ini dan rasa cinta ini.Itulah rasa cinta yang kekal abadi walau engkau tidak mengetahui apa yang tersurat di hati.Ku sembunyikan semua yang ku rasa dari pengetahuanmu,ku pendam segala rinduku padamu kerana tuhanku.Kuserahkan segala cintaku untukmu pada tuhanku.Ku serahkan dikau dalam jagaan tuhanku agar engkau tenang dalam kehidupanmu.Aku tidak akan mungkir janjiku padamu bawaha kita akan mendengar segala luahan hati antara kita hingga ke hujung hayat kita,tapi mungkin caraku kini berbeza berbanding waktu kita bersama dulu..yang pasti aku sentiasa ada di sampingmu dengan izin tuhanku walau tanpa pengetahuanmu itulah aku tanpa ada di pandanganmu karna kita jauh tapi hatiku sentiasa mengiringi langkahmu sahabat =)

No comments:

Post a Comment