Saturday, 2 February 2013

YANG TERSURAT & YANG TERSIRAT

   Bismillahirahmanirrahim..maha suci engkau ya allah,yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami.


     Assalamualaikum..sudah terlalu lama benar saya tidak menukilkan sesuatu di ruangan yang paling saya gemar ini.Kesibukan duniawi menyebabkan hobi ini tergendala seketika :) tapi tidak mengapa kerana itu saya lakukan dengan sesungguh hati kerana tuntutan duniawi,tulisan ini saya lakukan sepenuh hati kerana tuntutan hati :)
      Corat - coret kita pada kali ini adalah tentang perjalanan kehidupan yang semakin mencabar.Semakin meningkat usia kita,semakin mencabar perjalanan hidup menuntut kekuatan fizikal & mental..rohani & jasmani..zahir & batin.Ini bukanlah bermaksud saya penat dengan kehidupan ini,tapi memikirkan jalan yang sekurang-kurangnya mudah untuk kita menuju matlamat tanpa ada halangan,rintangan,permusuhan,pergaduhan,tangisan,dendam dalam setiap kalbu manusia di sekeliling kita.Setiap kejayaan itu pasti diiringi dengan kesakitan yang semua saya sebutkan tadi bukan,yang pasti doa.usaha,ikhtiar dan tawakal mengiringi setiap langkah kita untuk berjaya dunia & akhirat.
      Walau apapun..dimanapun..sedang apapun kita lakukan ingatlah yang di Atas itu sentiasa memerhati setiap perbuatan,niat hati,perjalanan yang kita tuju.Begitu prihatinnya Dia Maha Suci Allah memelihara kita dalam lingkungan rahmatnya.Walau seberat dosa..sebanyak-banyak perkara dosa yang kita lakukan Dia masih tetap Maha pemurah untuk mengampunkan segala-galanya.Kita minta pada Dia,Dia tidak pernah menolak,walau kita selalu alpa dengan kewujudanya..& ada yang tidak percaya dengan adanya Dia yang maha pencipta.
      Dalam menuju kehidupan duniawi ini,terlalu banyak rahsia yang kita perlu singkap.Setiap apa yang berlaku itu perlu diperhalusi oleh kita.Adakah setiap yang berlaku itu kehendak kita atau sudah ditakdirkan sesutau itu oleh Allah? Terlalu banyak sebab mengapa kepayahan itu terjadi dalam diri kita & adakalanya kemudahan itu seiring dengan langkah kita untuk setiap apa yang kita lakukan.Mengapa adakalanya mudah & adakalanya sukar atau terlalu sukar? Ingatlah Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-hambanya,tapi kita sebagai manusia yang selalu alpa dengan menzalimi diri kita sendiri.
      Hari-hari yang kita lalui ini,seharusnya kita sulami dengan manfaat agar kehidupan ini tidak sia-sia dek kerana masa sangat mencemburui kita.Manusia ini terlalu alpa,sehingga dunia dikejar akhirat dilupa.Adakalanya pintu hati kita Allah ketuk cepat kerana Allah mahu kebaikan kita itu seiring dengan kejayaan,tapi adakalnya hati kita keras & tidak faham tanda-tanda yang Allah beri untuk kita sedar sehingga terlewat dalam meniti usia yang bakinya hanya tinggal sisa-sisa yang terlalu singkat.
      Semoga corat-coret yang saya nukilkan untuk kali ini,dapat menyedarkan kita tentang arti kehidupan ini yang perlu kita lakukan sebaik mungkin.Amanah yang dipertangungjawabkan dipikul dengan sebaik mungkin.Kesedaran itu penting dalam setiap apa jua situasi yang kita jalani.Buka pintu hati kita,lembutkan hati kita,lihat dengan seluas-luas seluas pandangan kita agar semua kejadian dapat megukuhkan lagi keimanan kita pada yang Maha Pencipta.


No comments:

Post a Comment