Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya.Apa khabar semua,semoga hari-hari yang dilalui memberi makna dan menjadi iktibar kepada diri kita untuk menjadi yang lebih baik lagi dari apa yang kita lalui semalam.Perkongsian saya pada kali ini mungkin tidak sehebat kawan-kawan saya di blog mereka,kita santai-santai saja ok..
Beberapa harini saya tidak banyak keluar rumah..orang kata "makan tido" hehe..tapi walaupun saya di rumah jangan kata saya bersantai duduk goyang kaki sahaja.Sebenarnya bila kita berada di rumah ada lebih banyak kerja yang kita perlu lakukan tanpa kita sedari sebenarnya.ok contoh ye,jika kita suri rumah haha..anda juga tahu apa tugas-tugas seorang suri rumah,lihat sahaja ibu kita berkejar-kejar hendak masakkan kita makanan.Berusaha untuk menepati citarasa seisi rumah..ini belum lagi untuk menghantar kita kesekolah ataupun menunggu kita pulang.Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan di rumah,pada zaman sekarang ni umum mengetahui bahawasanya kita bole menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja..mudahkan zaman sekarang.Semuanya bermula dari keinginan,usaha dan hujung jari :)
Tanpa keinginan semuanya pasti tidak menjadi.Tanpa usaha yang kuat pasti semuanya hanya sia-sia.Tanpa keyakinan yang kita mampu untuk lakukanya pasti hanya sekadar impian.Tanpa adanya bantuan teknologi pada masa kini pasti usaha kita perlu dilipat gandakan..haha teringat saya pada zaman muda-muda dulu terpaksa jual barang dari satu tempat ke satu tempat.Itu belum lagi terpaksa menangung risiko yang pelbagai di tengah jalan..teringat saya pada satu ketika apabila saya pulang dari Perak,kereta Kancil 660 yang saya gelarkan porshe merah hehe..meragam di Bandar Tenggara Kulai,apa yang terjadi betlting kereta putus dan asap berkepul-kepul..fuuuh..bederau darah pada masa itu,hari pula malam dan dengan keadaan jalan yang sangat gelap.Alhamdullilah..ada teman yang baik hati kebetulan tinggal tidak berapa jauh dari situ..itulah untungnya bila networking kita ramai,berada di mana-mana sahaja.
Ok sekarang kita tinggalkan pengalaman ngeri saya,ok apa yang anda terfikir untuk mengisi masa lapang anda bila anda berada di rumah tidak kiralah bila sedang bercuti atau sememangnya duduk di rumah.Cuba kita renungkan,fikirkan sebenarnya terlalu banyak masa yang kita bazirkan tanpa ada sesuatu yang kita lakukan untuk manfaat pada diri atau manfaat untuk orang lain.Kita dimomokkan dengan perasaan malas yang berpanjangan...sifat ''alaaa...'' terlalu banyak dan asyik bermain dibibir kita.Kawan-kawan yang saya kasihi,saya mengajak anda mulai saat ini cuba kita ubah pemikiran kita,tindakkan kita untuk kita maju seiring dengan bangsa-bangsa lain.Kita tahu bahawa Mat-mat saleh suka melancong ke negara kita dan ke seluruh dunia mereka jelajah..tapi kita? Dimana kita? hendak melancongpun berkira-kira bajet di kocek..mengapa??
Tanya pada diri kita apa yang kita lakukan pada masa-masa lapang kita,masa-masa senggang kita? Mad saleh buat apa pada waktu tidak bawa teksi? seharian tidur sahaja??..ya inilah yang kita perlu fikir-fikirkan.
Kawan-kawan yang saya hormati ye..sebenarnya pada masa kini kita perlu lebih bersikap idealistik dalam melakukan tindakan.Ini kerana segala tindakan kita pada harini akan kita peroleh hasilnya pada jangka masa 5 tahun akan datang..tidak PeRcAyA??? ok..begini ye saya memberi kamu semua contoh yang paling mudah ade di hadapan mata kita..cuba kawan-kawan semua tanam sibiji benih sawi..kemudia kita siram..kita beri baja kompos ke..baja organik ke..baja taik ayam ke..tidak kesah lah ye..hari-hari kita akan ulang tindakan yang sama selama seminggu..ok apa yang kawan-kawan dapat dari tindakan dan perlakuan kamu semua secara berulang itu selama seminggu di atas biji benih tadi??...ye betul biji benih mula bercambahkan.. :)
begitulah seterusnya jika kita terus lakukan aktiviti sedemikian maka hasilnya terbentuklah pokok sawi di taman mini rumah kita atau barangkali kita semai ia di pasu-pasu bunga almaklumlah rumah bandar tanah sekangkang kera kan..baiklah apa akan terjadi jika biji benih itu tidak bercambah seperti apa yang kita harapkan? Jangan berputus asa kawan-kawan,kita sebagai seorang muslim harus YaKin dengan apa yang telah tertulis untuk kita mungkin biji benih yang kita semai tadi tidak elok benihnya..atau sudah lemau..atau ye sebarang kemungkinan boleh berlaku,ade seorang tauke cina di sebuah kedai baja di Tiram jika kawan-kawan tinggal di sekitar johor taulah ye di mana lokasi Tiram tu ok..dia pesan pada ibu saya sebelum kita semai biji benih,kita sim[an dl dalam peti ais,biarkan semalaman kemudian keesokanya baru kita semai..dan alhamdulillah kebanyakkan pokok-pokok mak saya menjadi.Itulah dia petua dari apek jual baja.Ya sememangnya sebelum kita lakukan sesuatu itu kita harus lihat,renung,fikir,bayangkan dahulu apa tindakan-tindakan yang kita perlu ambil..harus ambil..dan wajib ambil..dan risiko-risiko yang kita perlu hadapi.Ini semua kita telah ketahui sejak azali lagi kita hidup kan.
Begitulah jika kita ingin lakukan sesuatu aktiviti pada masa lapang di rumah,cuba kita fikir sejenak apa yang boleh kita lakukan yang akan mendatangkan manfaat dan kebaikkan pada diri kita dan juga ahli keluarga kita.Jika kita telah mengenal pasti apa yang kita hendak lakukan..dan telah mula lakukan,rasailah kegembiraan dan kepuasanya dan saya ingin berpesan jangan pula bila kita terjumpa hobi baru itu,jangan kita lupa hendak berkongsi dengan ahli keluarga atau kawan-kawan kita ini supaya biar mereka tahu apa yang telah berjaya kita lakukan.Kita berkongsi ilmu sama-sama..agar mereka juga bila mana mereka ada ilmu baru mereka juga akan turut berkongsi cerita dengan kita.Ini akan lebih mengeratkan silaturahim antara kita dan mereka.
Jika hobi kita,aktiviti kita itu boleh mendatangkan pendapatan apasalahnya kita mencuba untuk niagakan barang-barang kita...haaa..kan seronok tu boleh dapat duit lagi.kalau kita ade hobi mengumpul barangan terbuang misalnya tin kosong.surat khabar lama,botol-botol plastik maka bila dah berat dan banyak kita boleh jualkan lagi.Baik disini saya ingin memberi tips sedikit untuk bagaimana kita boleh manfaatkan barangan dapur agar memberi pulangan semula pada pada kita,sekurang-kurangnya dapatlah bayar diut api air rumah kan.Ok barangbarang yang menggunakan tin seperti tin susu,tin tomato pure,tin sardin dan sebagainya.Barang-barang palastik seperti botol-botol air mineral,botol kicap cair ke atau apa sahajalah..kita boleh kumpul,surat khabar lama ke majalah-majalah lama atau buku-buku nota yang dah lama kita simpan dan tidak digunakan juga bole memberi kita pulangan duit.Kita simpan dan kumpul kemudian kita hantar di pusat kitar semula,jaganlah berharap duit yang banyak akan kita perolehi dari jualan tadi tapi yang saya ingin sedarkan ialah sekurang-kurangnya barangan yang kita beli itu sedikit sebanyak dapat memberi pulangan semula pada kita dan tidaklah ia terbuang begitu sahaja :)
Kawan-kawan marilah kita mulakan sesuatu pada harini.Sanggupkah kawan-kawan menghadap dinding berwarna-warni dengan ilustrasi bergerak (tonton Astro warna :P ) ??? Duduk diam menyimpan lemak,duduk diam tidur seharian..sedikit aktiviti yang kita lakukan sehingga dapat mengeluarkan peluh ia sangat bermakna untuk kesihatan badan kita.Kita telah membuang bergram kalori jahat dari badan kita.Badan pun sehat..minda cergas,lapang fikiran,hati senang,silaturahim dapat dieratkan :)
No comments:
Post a Comment