Apa khabar kedua Ibu & Bapa kita pada hari ini? Apa khabar sahabat-sahabat kita pada hari ini? Apa khabar adik beradik kita pada hari ini? Apa khabar guru-guru kita pada hari ini?
Soalan yang kadang-kadang kita ajukan pada diri atau jarang-jarang atau tidak pernah terlintas langsung walau satu soalan pun di fikiran atau di benak kita.Terkadang kita lupa pada mereka ini semua kerana kejayaan yang kita kecapi kini adalah rentetan dari pengalaman yang kita lalui dari pertemuan kita dengan mereka ini semua dalam hidup kita.Kita lupa kerana suatu masa dahulu mereka inilah yang pernah bersama kita.Adakah kita akan selalu mengingati mereka atau sekurang-kurangnya mendoakan mereka dari kejauhan mata kita memandang.
Sukar sebenarnya hakikat kehidupan ini untuk kita sentiasa mengingati seseorang jika tiada kepentingan yang ada pada mereka untuk diri kita.Inilah hakikat yang kita perlu akui sebenarnya bahawa kita ada kepentingan dakam setiap hubungan dengan manusia di dunia ini.Sedari kita muncul di dunia ini Ibu & Bapa adalah orang yang terpenting dalam menyambut kedatangan kita.Tidak dibiarkan kita seorang keluar di dunia ini seorang diri terkapai-kapai untuk penghidupan yang baru kita mulai.Mereka menatang bagai minyak yang penuh sepenuhnya menjaga segala dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.Membanting segala keringat,tenaga,kekuatan ,fikiran mencari ruang dan peluang untuk lingkaran penghidupan kita didunia ini.Di banting segala kudrat yang ada semata-mata untuk menghidupkan manusia sekerdil kita.Dari kita didokong sehingga kita mampu berjalan di atas kaki sendiri itu semua dengan bantuan penuh kasih dan sayang kedua Ibu Bapa kita yang tidak pernah meminta walau sesen wang ringgit sebagai balasan atas segala pengorbanan yang dilakukan.Dari kita makan di suap sehingga mampu menikmati makanan kegemaran kita sendiri ini semua atas rasa tangungjawab yang teralas di bahu mereka sedaya upaya di penuhi perut kita dengan sumber rezeki yang mereka usahakan.Walau sesuap nasi yang kita makan itu semua dari hasl titik peluh mereka sehingga kita berdikari sendiri itupun mereka tidak meminta untuk disuapkan apabila mereka tidak mampu untuk menyuap nasi di mulut sendiri.Tidak pernah walau sesaat mereka lupa akan penghidupan kita,didoakan kita dalam setiap masa mereka agar kita terus meniti kehidupan ini dengan sempurna.
Siapa adik beradik kita? kamu..kamu..kamu kenal abang..kakak..adik-adik kamu semua????
sedang apa mereka kini? Abang atau barangkali kakak..susah sebenarnya hendak menjadi seorang yang paling tua dalam lingkaran adik-adik.Tidak juga mudah untuk jadi adik kerana biasanya kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk membuktikan kita juga mampu menjadi yang terbaik kepada abang atau kakak kita.Kebiasaanya mereka ini sebagai contoh,rujukan,tempat berkongsi cerita.Hakikatnya adik beradik adalah teman yang paling rapat untuk kita gaduh dan dengki..teman yang paling rapat untuk kita kejar-kejaran..teman yang paling rapat untuk kita berkongsi makanan..teman yang paling rapat untuk memujuk kita dari kesedihan..teman yang paling rapat dalam menguruskan kehidupan kita setelah Ibu & Bapa..teman yang paling mudah untuk kita meminjam duit dalam keadaan kita susah..teman yang paling sempurna untuk kita berkongsi segala perasaan suka dan duka..gembira atau bersedih..kecewa atau sengsara.Itulah sebenarnya teman yang Terbaik untuk kita di dunia ini.Hakikat yang kita berkongsi rahim dengan mereka,hakikat kita berkongsi kasih dengan Ibu Bapa kita,hakikat kita berkongsi baju dan seluar,hakikat kita berkongsi tilam dan katil..hakikat yang kita berkongsi pinggan untuk makan,hakikat kita berkongsi segala kenangan terindah dan detik-detik pahit sepanjang penghidupan kita dan teman yang Terbaik kerana abang atau kakak atau adik adalah teman yang akan memandikan,mengkafankan,menguburkan,membacakan yasin dihujung pengakhiran kehidupan ini sebelum dunia kita gelap gelita di temani Munkar dan Nangkir.
Apa khabar sahabat-sahabat kita? dimana sahabat-sahabat yang pernah ketawa bersama kita? di mana sahabat-sahabat yang pernah berjuang bersama kita? di mana sahabat-sahabat tempat kita meminjam duit? di mana sahabat-sahabat yang berkongsi rumah dengan kita? di mana sahabat-sahabat yang berkongsi Maggi dengan kita? di mana sahabat -sahabat kita? Apa pun segala kenangan kita bersama sahabat kita itulah fitrah manusia yang memerlukan sahabat untuk bersama-sama dalam penghidupan kita.Sahabat yang akan mewarnai hari-hari kita.Seorang sahabat yang baik mampu mengubah sahabatnya menjadi yang terbaik,seorang sahabat yang bagus mampu mengangkat darjat sahabatnya,seorang sahabat yang baik mampu membimbing sahabatnya kearah kebaikan,seorang sahabat yang Terbaik adalah seorang yang mampu mendoakan sahabatnya setiap masa tanpa pengetahuan sahabat yang didoakanya.Sahabat yang berguna adalah sahabat yang mampu berdiri bersama-sama berjuang dalam penghidupan.Tiada istilah mengambil kesempatan di atas persahabatan mereka.Keihlasan persahabatan tidak terhambat dengan wang ringgit,tidak terbatas dengan menumpang kemewahan sahabatnya,tidak terhambat dengan segala fitnah-fitnah manusia,tidak terhambat dengan cerita-cerita dunia.Dua sahabat yang baik akan sentiasa beiringan berjalan menuju jalan yang sama,bersama walau di mana sahaja berada,bersama walau di kejauhan,bersama dalam menempuh kesusahan perjuangan kehidupan.
Guruku..dimana guru-guru kini? kita ada sekurang-kurangnya seorang guru untuk mengajar kita tentang Ilmu.Masih ingatkah kita pada semua guru-guru yang pernah mengajar kita semenjak kita mengenal huruf A-Z,mengenal 1-10.Guru itulah cahaya yang melimpahkan segala ilmu didada memperjuangkan nasib untuk membela anak bangsa agar menjadi insan yang berilmu dan berguna pada diri,masyarakat dan dunia.Tiada guru yang mendoakan keburukan kepada anak muridnya.Ilmu yang guru-guru kita hamburkan itulah yang akan kita gunakan dalam kehidupan kita.Ilmu yang guru sampaikan itulah yang menyuluh kita kepada jalan yang benar agar tidak tersesat di kemudian hari.Manusia akan gelap tanpa ilmu,ilmu yang kita cari mestilah berguru,jadi guru yang terbaik adalah guru yang memberikan ilmu dengan ihklas dengan ilmu itu mampu memberi petunjuk kepada muridnya sehingga ilmu itu sendiri menjadi penyelamat kepada guru dan juga muridnya bersama.Tidakkah manusia yang mati akan membawa 3 perkara 1.amalanya 2.ilmu yang diamalkan 3.doa anak yang soleh.Jadi betapa pentingnya guru dalam kehidupan kita yang akan membela kita dengan ilmunya.Biar sebesar mana menyampahnya kita pada guru kita,biar sedegil mana kita dengan guru kita,biar bodoh mana kita dalam menuntut ilmu guru kita,biar di caci untuk menuntut ilmu..ingatlah guru adalah insan yang perlu dihormati,disanjungi dan di sayangi kerana ilmunya itulah yang akan memberi kebahagiaan kepada kita di akhirat nanti.
Alhamdulillah..segalanya sudah dihuraikan,jadi manfaatkanlah segaka ruang dan peluang yang masih ada untuk kita bersama-sama menghargai setiap insan yang ada di sekeliling kita.Mendoakan mereka tidak akan memufliskan kita,Mendoakan mereka tidak akan papa kedana kita,Mendoakan mereka tidak akan hina kita di dunia ini..Tapi sebaliknya mendoakan setiap insan yang berjasa kepada kita adalah perkara yang terbaik yang kita lakukan kerana kita menghargai setiap jasa mereka kepada kita.Kita menghargai setiap titisan peluh mereka tanpa pengetahuan mereka,kerana "tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima".
No comments:
Post a Comment