Sunday, 25 November 2012

Manfaatkan Masa Terluang

  Bissmillahirrahmanirrahim..dengan nama tuhan yang maha pengasih lagi maha penyanyang..Tuhan yang menciptakan langit dan bumi..Maha suci engkau Ya Allah..


   Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya.Apa khabar semua,semoga hari-hari yang dilalui memberi makna dan menjadi iktibar kepada diri kita untuk menjadi yang lebih baik lagi dari apa yang kita lalui semalam.Perkongsian saya pada kali ini mungkin tidak sehebat kawan-kawan saya di blog mereka,kita santai-santai saja ok..

    Beberapa harini saya tidak banyak keluar rumah..orang kata "makan tido" hehe..tapi walaupun saya di rumah jangan kata saya bersantai duduk goyang kaki sahaja.Sebenarnya bila kita berada di rumah ada lebih banyak kerja yang kita perlu lakukan tanpa kita sedari sebenarnya.ok contoh ye,jika kita suri rumah haha..anda juga tahu apa tugas-tugas seorang suri rumah,lihat sahaja ibu kita berkejar-kejar hendak masakkan kita makanan.Berusaha untuk menepati citarasa seisi rumah..ini belum lagi untuk menghantar kita kesekolah ataupun menunggu kita pulang.Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan di rumah,pada zaman sekarang ni umum mengetahui bahawasanya kita bole menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja..mudahkan zaman sekarang.Semuanya bermula dari keinginan,usaha dan hujung jari :)

   Tanpa keinginan semuanya pasti tidak menjadi.Tanpa usaha yang kuat pasti semuanya hanya sia-sia.Tanpa keyakinan yang kita mampu untuk lakukanya pasti hanya sekadar impian.Tanpa adanya bantuan teknologi pada masa kini pasti usaha kita perlu dilipat gandakan..haha teringat saya pada zaman muda-muda dulu terpaksa jual barang dari satu tempat ke satu tempat.Itu belum lagi terpaksa menangung risiko yang pelbagai di tengah jalan..teringat saya pada satu ketika apabila saya pulang dari Perak,kereta Kancil 660 yang saya gelarkan porshe merah hehe..meragam di Bandar Tenggara Kulai,apa yang terjadi betlting kereta putus dan asap berkepul-kepul..fuuuh..bederau darah pada masa itu,hari pula malam dan dengan keadaan jalan yang sangat gelap.Alhamdullilah..ada teman yang baik hati kebetulan tinggal tidak berapa jauh dari situ..itulah untungnya bila networking kita ramai,berada di mana-mana sahaja.

   Ok sekarang kita tinggalkan pengalaman ngeri saya,ok apa yang anda terfikir untuk mengisi masa lapang anda bila anda berada di rumah tidak kiralah bila sedang bercuti atau sememangnya duduk di rumah.Cuba kita renungkan,fikirkan sebenarnya terlalu banyak masa yang kita bazirkan tanpa ada sesuatu yang kita lakukan untuk manfaat pada diri atau manfaat untuk orang lain.Kita dimomokkan dengan perasaan malas yang berpanjangan...sifat ''alaaa...'' terlalu banyak dan asyik bermain dibibir kita.Kawan-kawan yang saya kasihi,saya mengajak anda mulai saat ini cuba kita ubah pemikiran kita,tindakkan kita untuk kita maju seiring dengan bangsa-bangsa lain.Kita tahu bahawa Mat-mat saleh suka melancong ke negara kita dan ke seluruh dunia mereka jelajah..tapi kita? Dimana kita? hendak melancongpun berkira-kira bajet di kocek..mengapa??
Tanya pada diri kita apa yang kita lakukan pada masa-masa lapang kita,masa-masa senggang kita? Mad saleh buat apa pada waktu tidak bawa teksi? seharian tidur sahaja??..ya inilah yang kita perlu fikir-fikirkan.

   Kawan-kawan yang saya hormati ye..sebenarnya pada masa kini kita perlu lebih bersikap idealistik dalam melakukan tindakan.Ini kerana segala tindakan kita pada harini akan kita peroleh hasilnya pada jangka masa 5 tahun akan datang..tidak PeRcAyA??? ok..begini ye saya memberi kamu semua contoh yang paling mudah ade di hadapan mata kita..cuba kawan-kawan semua tanam sibiji benih sawi..kemudia kita siram..kita beri baja kompos ke..baja organik ke..baja taik ayam ke..tidak kesah lah ye..hari-hari kita akan ulang tindakan yang sama selama seminggu..ok apa yang kawan-kawan dapat dari tindakan dan perlakuan kamu semua secara berulang itu selama seminggu di atas biji benih tadi??...ye betul biji benih mula bercambahkan.. :)
begitulah seterusnya jika kita terus lakukan aktiviti sedemikian maka hasilnya terbentuklah pokok sawi di taman mini rumah kita atau barangkali kita semai ia di pasu-pasu bunga almaklumlah rumah bandar tanah sekangkang kera kan..baiklah apa akan terjadi jika biji benih itu tidak bercambah seperti apa yang kita harapkan? Jangan berputus asa kawan-kawan,kita sebagai seorang muslim harus YaKin dengan apa yang telah tertulis untuk kita mungkin biji benih yang kita semai tadi tidak elok benihnya..atau sudah lemau..atau ye sebarang kemungkinan boleh berlaku,ade seorang tauke cina di sebuah kedai baja di Tiram jika kawan-kawan tinggal di sekitar johor taulah ye di mana lokasi Tiram tu ok..dia pesan pada ibu saya sebelum kita semai biji benih,kita sim[an dl dalam peti ais,biarkan semalaman kemudian keesokanya baru kita semai..dan alhamdulillah kebanyakkan pokok-pokok mak saya menjadi.Itulah dia petua dari apek jual baja.Ya sememangnya sebelum kita lakukan sesuatu itu kita harus lihat,renung,fikir,bayangkan dahulu apa tindakan-tindakan yang kita perlu ambil..harus ambil..dan wajib ambil..dan risiko-risiko yang kita perlu hadapi.Ini semua kita telah ketahui sejak azali lagi kita hidup kan.


    Begitulah jika kita ingin lakukan sesuatu aktiviti pada masa lapang di rumah,cuba kita fikir sejenak apa yang boleh kita lakukan yang akan mendatangkan manfaat dan kebaikkan pada diri kita dan juga ahli keluarga kita.Jika kita telah mengenal pasti apa yang kita hendak lakukan..dan telah mula lakukan,rasailah kegembiraan dan kepuasanya dan saya ingin berpesan jangan pula bila kita terjumpa hobi baru itu,jangan kita lupa hendak berkongsi dengan ahli keluarga atau kawan-kawan kita ini supaya biar mereka tahu apa yang telah berjaya kita lakukan.Kita berkongsi ilmu sama-sama..agar mereka juga bila mana mereka ada ilmu baru mereka juga akan turut berkongsi cerita dengan kita.Ini akan lebih mengeratkan silaturahim antara kita dan mereka.
                           
    Mulai harini mari kita sama-sama mencari atau memulakan sesuatu perkara atau hobi atau aktiviti yang dapat memeberi manfaat pada diri kita dan orang di sekeliling kita.kita fikirkan..kita kongsi bersama..atau kita boleh lakukan bersama-sama.Ini bilamana sesuatu aktiviti itu kita lakukan bersama-sama dengan orang yang rapat atau bersama dengan orang yang tersayang tidak kiralah suami isteri ke..ibu ayah ke..anak-anak ke..adik beradik ke atau dengan kawan-kawan kita akan lebih berkeyakinan dan akan merasa gembira dengan kehidupan kita secara tidak langsung kita telah lakukan anjakan paradikma terhadap diri serta mencipta suasana silaturahim yang lebih mesra lagi.

                                                    

    Jika hobi kita,aktiviti kita itu boleh mendatangkan pendapatan apasalahnya kita mencuba untuk niagakan barang-barang kita...haaa..kan seronok tu boleh dapat duit lagi.kalau kita ade hobi mengumpul barangan terbuang misalnya tin kosong.surat khabar lama,botol-botol plastik maka bila dah berat dan banyak kita boleh jualkan lagi.Baik disini saya ingin memberi tips sedikit untuk bagaimana kita boleh manfaatkan barangan dapur agar memberi pulangan semula pada pada kita,sekurang-kurangnya dapatlah bayar diut api air rumah kan.Ok barangbarang yang menggunakan tin seperti tin susu,tin tomato pure,tin sardin dan sebagainya.Barang-barang palastik seperti botol-botol air mineral,botol kicap cair ke atau apa sahajalah..kita boleh kumpul,surat khabar lama ke majalah-majalah lama atau buku-buku nota yang dah lama kita simpan dan tidak digunakan juga bole memberi kita pulangan duit.Kita simpan dan kumpul kemudian kita hantar di pusat kitar semula,jaganlah berharap duit yang banyak akan kita perolehi dari jualan tadi tapi yang saya ingin sedarkan ialah sekurang-kurangnya barangan yang kita beli itu sedikit sebanyak dapat memberi pulangan semula pada kita dan tidaklah ia terbuang begitu sahaja :)

   Kawan-kawan marilah kita mulakan sesuatu pada harini.Sanggupkah kawan-kawan menghadap dinding berwarna-warni dengan ilustrasi bergerak (tonton Astro warna :P ) ??? Duduk diam menyimpan lemak,duduk diam tidur seharian..sedikit aktiviti yang kita lakukan sehingga dapat mengeluarkan peluh ia sangat bermakna untuk kesihatan badan kita.Kita telah membuang bergram kalori jahat dari badan kita.Badan pun sehat..minda cergas,lapang fikiran,hati senang,silaturahim dapat dieratkan :)




  

Tuesday, 2 October 2012

BAWALAH PERGI CINTAKU

        Bismillahirahmanirahim..dengan nama tuhan yang Maha pengasih dan Maha penyanyang.Tuhan yang menjadikan alam dan seluruh isi dunia..Maha sucimu ya Allah..

      Tuhan apakah rasa yang kau berikan ini adalah rasa Mu? Tuhan mengapa semua ini yang kau beri padaku,adakah ini yang ingin kau mahu aku tahu tentang betapa indahnya rasa cinta itu.Rasa cinta ini begitu indah untuk diungkapkan.Ya Rabb..aku bersyukur dengan kurniaanMu,rasa cinta yang indah ini begitu mekar di hatiku.seiring dengan kembangnya bunga-bunga dari syurgaMu.
      Saat hati ini kekontangan dengan rasa cinta manusia,Engkau hadirkan rasa yang sukar untuk di mengertikan ini.Saat manusia memandang keji padaku,engkau memelukku memberi kekuatan padaku.Saat manusia menghinaku,engkau menyaksikan tangisanku,engaku mendengar bicara hatiku.Ya rabb..Maha suci engkau tidak pernah sekali aku merasakan terlalu indahnya rasa cinta ini saat aku bersama hambamu.Setelah aku memberi sepenuh cintaku pada mereka,akhirnya mereka meninggalkanku Ya Rabb...mengapa? Mungkin kerana engkau mahu aku tahu bahawa cinta manusia itu tiada kekal seperti cintaMu.
      Setelah ku lalui jalan-jalan yang begitu panjang,ku susuri lorong-lorong kegelapan menabur cintaku pada mereka,ku beri segalanya yang ada padaku,ku korbankan jiwa ragaku untuk hambamu agar mereka tahu betapa sayang dan cintanya aku pada mereka...Namun akhirnya aku yang mereka tiggalkan setelah semua yang ada padaku hilang.Aku gelandangan sedirian,meraung kekecewaan,mengalir air mata tanda perpisahan,langkah kaki yang tiada dayanya mencari sesuatu yang hilang.Daifnya aku tika dan saat itu meraih simpati,mengemis kasih pada yang sudi pada hati-hati mereka yang keras.Adakah aku yang merasa semua ini Ya Tuhan..? Aku keseorangan..keseorangan di duniamu ini.Semuanya telah pergi..hilang dari pandangan manusia yang kelam seperti aku lalu kegelapan jiwa melanda diriku.
      Ya Rabb..kembalikan semula hatiku..kembalikan semula cintaku..kembalikan semula jiwaku..kembalikan semula perasaanku..kembalikan semula peglihatan hatiku..kembalikan semula pendengaranku..aku mohon kebalikan semua itu padaku agar tidak buta mataku..agar tidak pekak pendengaranku..agar tidak tertutup pintu hatiku untuk mendapat rahmat dan hidayahmu dan agar engkau sentiasa ada denganku.Ya Rabbana..setelah engkau memalingkan jiwa-jiwa mereka padaku dan engkau tidak kembalikan mereka padaku dan aku tidak memiliki satu apapun di dunia ini..Engkau hulurkan tanganmu,engkau pimpin tanganku menuju lorong-lorong cinta agungmu.Saat itu baru aku sadari yang engkau tidak pernah meninggalkan aku keseorangan di sini,tidak keseorangan meniti kehidupan di dunia yang fana ini.
      Ya Rabbi..Ya Haliq..Ya Muhaimin..aku memohon cintaMu..aku mohon kasih sayangMu..aku mohon belas ehsan dariMu..aku mohon jangan engkau tiggalkan aku.Bawalah aku bersama disisimu.Aku ingin sentiasa berada disisimu,dekat denganMu.Tidak akan pernah jemu untuk aku taburkan segala cintaku padamu.Engkau buang segala cinta manusia di dalam jiwaku,engkau ambil sehingga tidak tertinggal sedikit pun sisa-sisa kotor mereka dan engkau gantikan dengan cinta agungMu..Maha Suci Engkau Ya Allah..terasa begitu indah sekali mendapat cinta darimu.Terasa begitu mengasyikkan sekali bercinta denganMu..tiada cacat celanya,tiada rasa cemburu melampaui batasanya,tiada rasa dendam dalam meraih cintaMu.Cinta suci dariMu untukku membuatkan ketenangan melanda meresap keseluruh jiwa dan ragaku.Menusuk hingga ke ubun-ubunku dan mengalirnya darah suci cintaMu Ya Rabb..
     Kata-kataMu menjadi peneman hidupku,memberi semangat kekuatan pada jiwaku yang kegersangan,ketandusan,kekontangan dan menyuburkan segala ketandusan hati ini dengan mengalirkan darah-darah suci membentuk pegangan yang utuh tanpa prasangka lagi.PangilanMu memanggil insan-insan yang engkau sayangi mengadapmu begitu mengasyikkan terus menerawang jiwa ragaku untuk mencari engkau Ya Allah..bawalah daku pergi ke sisiMu agar cintaku tidak hilang di telan kerakusan manusia.Bawalah cintaku pergi Ya Rabb agar ia kekal abadi di sisiMu...

Saturday, 29 September 2012

BERSABARLAH

                Bismilahirahmanirahim..dgn nama tuhan yang maha pengasih lagi maha penyanyang,tuhan yang menciptakan langit dan bumi,tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh isi dunia.Maha Suci Mu ya Allah..




               Saat diri mu di uji dengan pelbagai ujian dari yang Maha Pengasih,ingatlah wahai saudara dan saudariku ia hanya sebahagian kecil ujian yang Allah beri pada kita untuk kita laluinya.Ujian itu sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita.Masih ingat lagikah kita pada janji kita pada Ya Rahman,bahawasanya kita sanggup menanggung semua tanggungjawab sebagai khalifah di dunia ini.Ini bererti kita sanggup untuk menghadapi semua ujian,dugaan,kesengsaraan,kedukaan dan kekecewaan dalam hidup semata-mata untuk mencari redha Ilahi.


                                       

                Wahai semua saudari ku yang sedang mengalirkan air mata,kesatlah air mata mu.Wahai semua saudara ku yang sedang gundah gulana memikirkan masa depanmu,tenangkanlah hati kalian.Wahai adik-adik ku yang sedang bergelora jiwanya,redakanlah gelora jiwamu.Ingin ku nyatakan disini,kembalilah kalian pada yang Maha Pencipta,sesungguhnya Dia sedang menunggu kalian.Dia memanggil kalian 5 waktu sehari.Dia ingin mendengar tangisan sendu kalian.Dia ingin mendengar suara kalian menyebut-nyebut namaNYA.
                  Jangan bersedih saudara dan saudariku,jangan kecewa di atas semua yang telah berlaku.Redhakanlah hatimu pada Qada' dan Qadar Allah,sesungguhnya rahmat tuhan terbentang luas di muka bumi ini.Carilah ia,cari di dalam dirimu,nescaya jika kalian menemuinya pasti kalian akan merasa kesempurnaan dalam hidup.
               
                   

Monday, 24 September 2012

PERJALANAN YANG SEMAKIN MELELAHKAN

Bimillahirahmanirahim..dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang,tuhan yang menciptakan langit dan bumi,tuhan yang ,menciptakan manusiadan seluruh isi dunia.Maha Suci Mu ya Allah..




        Lelah aku berjalan.Berjalan tanpa henti membuatkan aku semakin jauh dari hidupku.Berlari mengejar impian yang tiada kesudahanya,sehingga aku menjumpai detik itu.Detik-detik pengakhiran hidupku semakin hampir tatkala aku berlari mengejar semua untuk mengapai bintang-bintang syurga.Syurga dunia yang penuh nikmat,penuh kelazatan yang tiada tara dan bandinganya akan meninggalkanku.Namun aku pasti manusia sepertiku harus di hukum seadil-adilnya dengan Tuhanku.Dunia ini yang ku panggil syurga telah lama menelanku,mengebumikanku di tempat pembuangan syaitan durjana yang bersamaku seiring sejalan mengalirkan darah-darah durjana dalam diriku.
        Saat hati jauh dari illahi,saat dahi jauh dari menyembah Illahi semuanya hilang tanpa haluan.Hidup bagaikan ada nyawa tapi tiada berharga.Semua isi dunia indah belaka,tiada satu yang dipandang hina yang buruk dijadikan ikutan,yang baik dijadikan musuh.Terang cahaya malam disimbahi cahaya bulan kelam di lorong-lorong usang,busuk berbau bangkai-bangkai hidup.Bangkai-bangkai jalanan yang meminta untuk diberi sedikit belas kasihan pada yang sudi mencampakkan makanan-makanan syaitan.
        Manusia semakin hilang sifat kemanusiaannya,hanya kerana ingin mencari syurga dunia.Wanita-wanita cantik dihias indah dengan lukisan-lukisan noda pada wajahnya.Saat aku melintasi mereka,senyum terukir indah menggoda memberi seribu satu makna untuk dijadikan santapan malam yang kelam.Nikmat sungguh terasa saat-saat manis bersama,membelai seribu bahasa.Aku terkesima dengan belaian mesra penuh manja dari kalian.Hari-hari terus berlalu,aku menyelusuri lorong-lorong kelam itu lagi.Masih mencari-cari gadis sunti untuk aku jadikan teman hiburan bersama syaitan-syaitan yang berkeliaran keseronokkan.Kamu pasti tidak percaya,ia menyeronokkan.Aku bebas melakukan tanpa ada batasan pahala yang mamapu mengubah kehidupanku.Duit..! ya duit itu yang memberiku ketangkasan mengejar isi dunia,aku perlu merasai nikmat ini sepuas-puasnya sebelum semua ini berakhir dengan kiamatnya hidupku di tangaNYA.



         Anak-anakku gelandangan,apa yang perlu aku hiraukan pada mereka.Mereka punya kehidupan sendiri akhirnya nanti.Maka harus ku ajar mereka tentang semua ini.Dunia ini tiada sempadan,ayuh lakukanlah kalian mengikut aturan kehidupan kalian.Tiada apa yang mampu mengubah kehidupan kalian kecuali kalian.Hidup kalian di tangan kalian.Biarkan anak-anak kecil itu tau tentang apa itu hidup! tidak perlu memikir yang sukar,perlu kalian pikir yang hidup ini mudah.Mencari wang dengan begitu mudah,tuah kalian mampu untuk lakukan apa sahaja.Apa aku kesah jika kalian tidak makan? Apa aku kesah jika kalian tiada pelajaran? Apa aku kesah jika kalian di jalanan meminta-minta untuk dihulurkan wang.Minta sajalah mereka,mereka itu memang patut untuk diminta,tidak miskin papa kedana mereka dengan memberi sedikit wang pada kalian.Mereka juga sama sepertiku,mencari syurga dunia!
       Ya itulah reaksi bongkak ku pada Tuhan...Semuanya milikku.Tiada apa yang boleh menentang kehendakku.Sehingga saat-saat aku tidak memiliki satu apapun dalam kehidupanku.Semuanya hancur musnah di tanganNYA..kini baru aku sadari,dunia ini hanya sekadar pinjaman bagiku,hartaku..rumah agam yang ku miliki,kecantikan para perawan yang senantiasa melayaniku,kereta besar ku..gedung-gendung besar yang ternama milikku yang sentiasa meniti di bibir pembaca berita..bejuta-juta hektar tanah milikku ya semunya hancur Tuhan ambilnya dariku..sehingga isteri kesanyanku juga anak-anak kecilku Tuhan ambil mereka dariku..kini apa yang tinggal? Semuanya tinggal kenangan..kenangan yang harus ku tanggung untuk menjadi persiapan jawapan untukku tunjukkan pada Yang Maha Esa..
        Hanya nyawa yang masih bersisa,sekujur tubuh bongkak ini yang masih Tuhan belum mahu kehendaki lagi...masihkah ada jalan untukku pulang ke tempatku? Siapa yang ingin membawa ku pulang? Tuhan..sudikah engkau mendengar rayuanku untuk kali yang terakhir ini? Masihkah Kau sudi memimpin tanganku ini untuk kembali padamu Ya Rabb....
       

Friday, 22 June 2012

KETENANGAN

   Allah memberiku kekecewaan dalam hidup suatu masa dahulu..dan aku pernah tersesat dalam mencari jawaban di atas semua persoalan kehidupan yang ditimpa kepadaku.Aku seringkali bertanya adakah Allah tidak sayang padaku.sehingga aku diberikan dugaan yang maha hebat,dan aku percaya jika ada wanita atau lelaki yang sanggup menggantikan dirinya di tempat ku,pasti tidak sampai sedetik mahu ditukarkan kembali kepada diri asal mereka.
   Sedari kecil seringkali aku memikirkan hal-hal yang besar..begitu juga aku seringkali terlintas difikiran tentang kewujudan manusia di bumi ini,bagaimana asal manusia,haiwan,tumbuhan,bangunan ya apa jualah yang berkaitan dengan kehidupan dan alam.Subhanallah..maha suci engkau ya Allah,yang memberiku akal dan fikiran untuk memikirkan tentang kewujudan mu.
   Pernah tidak kamu tahu untuk apa kamu hidup dan apa pengakhiran kehidupan mu nanati,ya begitu juga aku..sering didatangi mimpi-mimpi aneh yang mengejutkan lenaku.Tatakala ku buka mataku,di saat itulah hati ini sering terdetik apakah tujuan aku dihidupkan dan apakah yang tuhan beri padaku pada mimpi itu?
   Sekarang aku sudah dewasa..dewasa dalam memahami arti hidup..dewasa dengan pengalaman hidup yang tidak pernah lekang dek dugaan.Malah aku kini bisa berbangga dengan pengalamn ku,perjalanan hidupku sama sekali amat berbeda pada kehidupan manusia yang normal.Maaf ini bukannya aku wanita tidak normal atau barangkali paranormal,tapi aku bisa merasakan aku insan berbeda dari kalian.Ya kalian sememangnya berbeda dariku..maksudku  disini adalah perjalanan dan pengalaman hidupku tidak sama dengan wanita-wanita yang lain.Mengapa?? jangan kalian tanya padaku,nescaya aku tidak dapat menjelaskan dengan terperinci di sini

Tuesday, 12 June 2012

SeGaLAnYa kEtENtUaN TuHaN..

  Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang kita sayangi..begitu mendalam dan menebal kasih sayang yang diberikan.Aku bertuah kerana dapat mengenalimu..dan aku adalah seorang wanita yang sangat bertuah kerana pernah mengenali dirimu..
   Sedang apa dan dimana dirimu yang dulu dan sehingga kini ku cinta...apakah mungkin kita akan bertemu lagi,tatkala semuanya sudah berubah dan apakah kita mampu untuk bertemu di saat hati kita sudah tiada apa-apa perasaan sedangkan di sewaktu dahulu kau adalah insan yang amat aku sayangi.
   Mungkin begitu tinggi penghargaan yang aku berikan padamu..namun inilah luahan yang mampu untuk aku katakan bahawa engkau adalah seorang lelaki hebat yang mampu melembutkan hati seorang wanita yang sangat keras seperti aku.Namun tatakala hati ini sudah mula menyayangngimu kau meninggalkan aku disini..membiarkan semuanya berlalu tanpa pertanggungjawaban bebanan perasaan yang kau beri.
   Aku redha atas ketentuan Allah terhadap diriku..tapi mengapa rasa ini yang kau berikan padaku???
aku benar-benar tidak mengerti semua ini..dan hingga saat ini..sehingga detik ini aku tidak pernah melupakan mu..tidak pernah membuang dirimu..tidak pernah membenci dirimu..kerana aku tahu AKU SAYANG KAMU..AKU CINTA KAMU ~_~