Tuesday, 12 June 2012

SeGaLAnYa kEtENtUaN TuHaN..

  Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang kita sayangi..begitu mendalam dan menebal kasih sayang yang diberikan.Aku bertuah kerana dapat mengenalimu..dan aku adalah seorang wanita yang sangat bertuah kerana pernah mengenali dirimu..
   Sedang apa dan dimana dirimu yang dulu dan sehingga kini ku cinta...apakah mungkin kita akan bertemu lagi,tatkala semuanya sudah berubah dan apakah kita mampu untuk bertemu di saat hati kita sudah tiada apa-apa perasaan sedangkan di sewaktu dahulu kau adalah insan yang amat aku sayangi.
   Mungkin begitu tinggi penghargaan yang aku berikan padamu..namun inilah luahan yang mampu untuk aku katakan bahawa engkau adalah seorang lelaki hebat yang mampu melembutkan hati seorang wanita yang sangat keras seperti aku.Namun tatakala hati ini sudah mula menyayangngimu kau meninggalkan aku disini..membiarkan semuanya berlalu tanpa pertanggungjawaban bebanan perasaan yang kau beri.
   Aku redha atas ketentuan Allah terhadap diriku..tapi mengapa rasa ini yang kau berikan padaku???
aku benar-benar tidak mengerti semua ini..dan hingga saat ini..sehingga detik ini aku tidak pernah melupakan mu..tidak pernah membuang dirimu..tidak pernah membenci dirimu..kerana aku tahu AKU SAYANG KAMU..AKU CINTA KAMU ~_~

No comments:

Post a Comment