5 tahun aku tinggal dunia bloger. Wow!!! Tak sangka sungguh aku boleh ke tahap ni, korang ingat senang ke nak melupakan bende yang kite suka,minat & habit ni.
Terima kasih pada viewer yang rajin membelek page aku ni. Aku pun tak sangka selama ini aku tinggalkan perkara yang paling aku suka. Bukan sesuatu yang mudah. Bukan juga hal yang senang untuk aku lakukan. Tapi demi meneruskan perjuangan aku buat juga.
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa selama ini aku menghilang?
Sampai ada yang whatsaap..(cehhh sekarang dah ada whatsapp weeehh)
Soalan: "hey, U dah tak menulis lagi ke?"
Jawapan: "Aku tinggalkan dulu hal yang aku suka"
Hidup ni perlu move on guys!!! Come on.
Hey.. U cakap senang la. U tak rasa duduk di tempat i.
Beb.. kalau aku rasa tempat kau pun. Kau nak rasa tak duduk tempat aku? 🤔
Kau pun taknak kan. So,kita ni tiada beza. Sama saja, semua orang ada masalah sendiri. Cuma cara kita berbeza dalam menyelesaikan masalah.
Beb, 3 tahun tu bukan sesuatu yang mudah tau. Lagi-lagi pada perkara yang kita suka. Kau boleh tinggalkan orang yang kau sayang, tapi kau boleh ke tinggalkan perkara yang kau suka? 😖
Tapi.. satu perkara sama yang kita boleh buat. Iaitu "SEMANGAT" !!!
Kau cakap senang la, semangat aku dah takda. Hey guys.. semangat tu kau boleh dapat la. Kau jek yang tak nak. Sebab kau tak nak. Cuba kau ada keinginan,kau ada perasaan ingin mencuba. Kau ada perasaan ingin buat sesuatu, aku yakin & pasti kau boleh! Yes..U can do it 💪
Come on guys..dunia ni terlalu singkat untuk kite termenung,sedih,pilu,kecewa and so on lah.
Kita perlu bangkit. Bangkit..bangun..bangun..bangun..
Kau akan rugi,rugi segalanya jika kau tak lakukan sesuatu. Kau akan ketinggalan jika kau tak berjuang.
Apa yang aku nak perjuangkan? 🤔
Wehh..hidup kau lah!! Kau rasa nak hidup ni takde perjuangan? Bangun pagi,celik mate,basuh muka pegi kerja..balik kerja sampai tido semula..itu perkara biasa?
Hey..takkan kau nak perkara biasa ni berlalu seperti angin?
So.. kau tanya aku,ape yang aku perjuangka selama aku menyepikan diri?
Aku buat macam-macam. Aku berniaga jamu,aku jadi bidan,aku jadi sale girl,aku jadi pengurus,aku jadi manusia haha 😂
Weh..24jam tak cukup untuk aku buat semua tu.
Tapi alhamdulillah..berkat semangat yang aku bina,aku keluar dari diri aku. Aku jumpa diri aku yang sebenar.
Macam mana nak jumpe diri kau sebenar? Meh datang jumpe aku, kite talk. Kita bincang sesame. Aku kongsikan fikiran & cara aku untuk aku jumpa diri aku.
Apa lagi, dah baca coment la sikit
YEY OR NEY ???
Haha..ok chalo bete 🙋
No comments:
Post a Comment