"Apa yang di menungkan tu dik?" sukar untuk aku mentafsir apa yang tersirat di hati manusia kecil ini.Dia Siti Salehah gadis cilik yang lincah,bijak,nakal dan berdikari adalah seorang anak kecil yang masih belum mengerti tentang arti hidup ini.Kesusahan yang melanda tidakpernah menghalang kelincahanya dalam meniti hari-hari yang dilalui.Dia seorag gadis yang ku fikir bersemangat dan tidakpernah mngeluh atas kesusahan yang dihadapi oleh kedua orang tuanya.
Sayangku Salehah..kau masih muda sayang,masih jauh perjalanan hidupmu untuk kau teruskan,walau apapun rintangan yang datang melanda kau harus kuat dan tabah.Gadis ini setiap pagi akan ke sekolah seperti biasa,masih berada di sekitar darjah 4.Pulang dari sekolah dia akan membantu ibunya menjaga adik-adiknya yang masih kecil seramai 4 orang..
Ibunya hanya seorang suri rumah yang megambil upah memetik taugeh dengan upah RM1.60 sekilo,namun sehari hanya mampu memetik 6 kilo sahaja.Bapanya hanya bekerja sebagai tukang rumah,namun setelah aku melihat hasil kerjanya,ianya amat meuaskan hati.Hasil kerja tanganya amat teliti dan halus serta kreatif orangnya.Dengan gaji yang tidak seberapa,tangan itulah yang memberi makan kepada 5 orang anak yang masih kecil.Maka tidak hairanlah mengapa Salehah dapat menjadi seorang anak yang bertangungjawab,berdikari sendiri,kerana dia tahu perhatian yang akan diberikan kepadanya tidak sampai 100% kerana ada lagi adik-adiknya yang lebih memerlukan perhatian.
Adiknya yang bongsu mengalami paru-paru berlubang,hampir setiap malam menangis apabila hendak tidur.Maka perhatian juga lebih kepada yang adiknya yang bongsu.Sukar untuk aku menafsirkan kepayahan hidup mereka sekeluarga.
"Adik leha ramai kak" keluh Saleha
"Seronok kan ada adik ramai,bole main same-same" biacara ku dengan niat ingin memujuk gadis ini.
"Hidup kami susah kak" renungan matanya mengocak jiwaku..sayu.
Dia berlari lagi sepanjang pantai..ku fikir mungkin untuk melepaskan segala yang tersimpan di benaknya.Dari apa yang diceritakan oleh adikku angah kepadaku,malam itu adikku angah tidak dapat melelapkan mata.Angin berhembus kuat menandakan malam itu akan hujan.Namun regekkan sikecil Salam akibat gigitan nyamuk membuatkan lena kami terjaga.Apa yang di perhatikan angah,kak Hawa ibu kepada gadis kecil Saleha bangun lalu mendokong anak kecil itu,dikipaskannya menghalau dengan tujuan agar nyamuk yang singgah akan pergi tidak lagi menganggu lena anak kecil itu.Jika lena si kecil itu terganggu maka sakit Salam pasti akan datang,sikecil akan mengalami kesesakkan nafas,ini akan menyukarkan pergerakkan si kecil itu.
CERITA INI DAH LAME AKU SIMPAN,INI KISAH BENAR YANG BERLAKU DIHADAPAN MATE AKU..SEHINGGA KINI AKU TAK MAMPU LAGI NAK TERUSKAN KISAH ADIK MANIS INI...
TERLALU SAYU..
No comments:
Post a Comment