Sunday, 23 February 2014

SAYANGKU SALEHA

   Bismillahirahmanirahim...dengan izin tuhanku,aku kembali lagi untuk menukilkan sesuatu yang ku rasa ianya amat bermakna untuk kalian fahami arti hidup ini.




    "Apa yang di menungkan tu dik?" sukar untuk aku mentafsir apa yang tersirat di hati manusia kecil ini.Dia Siti Salehah gadis cilik yang lincah,bijak,nakal dan berdikari adalah seorang anak kecil yang masih belum mengerti tentang arti hidup ini.Kesusahan yang melanda tidakpernah menghalang kelincahanya dalam meniti hari-hari yang dilalui.Dia seorag gadis yang ku fikir bersemangat dan tidakpernah mngeluh atas kesusahan yang dihadapi oleh kedua orang tuanya.
   Sayangku Salehah..kau masih muda sayang,masih jauh perjalanan hidupmu untuk kau teruskan,walau apapun rintangan yang datang melanda kau harus kuat dan tabah.Gadis ini setiap pagi akan ke sekolah seperti biasa,masih berada di sekitar darjah 4.Pulang dari sekolah dia akan membantu ibunya menjaga adik-adiknya yang masih kecil seramai 4 orang..


    Ibunya hanya seorang suri rumah yang megambil upah memetik taugeh dengan upah RM1.60 sekilo,namun sehari hanya mampu memetik 6 kilo sahaja.Bapanya hanya bekerja sebagai tukang rumah,namun setelah aku melihat hasil kerjanya,ianya amat meuaskan hati.Hasil kerja tanganya amat teliti dan halus serta kreatif orangnya.Dengan gaji yang tidak seberapa,tangan itulah yang memberi makan kepada 5 orang anak yang masih kecil.Maka tidak hairanlah mengapa Salehah dapat menjadi seorang anak yang bertangungjawab,berdikari sendiri,kerana dia tahu perhatian yang akan diberikan kepadanya tidak sampai 100% kerana ada lagi adik-adiknya yang lebih memerlukan perhatian.
     Adiknya yang bongsu mengalami paru-paru berlubang,hampir setiap malam menangis apabila hendak tidur.Maka perhatian juga lebih kepada yang adiknya yang bongsu.Sukar untuk aku menafsirkan kepayahan hidup mereka sekeluarga.

            "Adik leha ramai kak" keluh Saleha
            "Seronok kan ada adik ramai,bole main same-same" biacara ku dengan niat ingin memujuk gadis ini.
            "Hidup kami susah kak" renungan matanya mengocak jiwaku..sayu.
Dia berlari lagi sepanjang pantai..ku fikir mungkin untuk melepaskan segala yang tersimpan di benaknya.Dari apa yang diceritakan oleh adikku angah kepadaku,malam itu adikku angah tidak dapat melelapkan mata.Angin berhembus kuat menandakan malam itu akan hujan.Namun regekkan sikecil Salam akibat gigitan nyamuk membuatkan lena kami terjaga.Apa yang di perhatikan angah,kak Hawa ibu kepada gadis kecil Saleha bangun lalu mendokong anak kecil itu,dikipaskannya menghalau dengan tujuan agar nyamuk yang singgah akan pergi tidak lagi menganggu lena anak kecil itu.Jika lena si kecil itu terganggu maka sakit Salam pasti akan datang,sikecil akan mengalami kesesakkan nafas,ini akan menyukarkan pergerakkan si kecil itu.






CERITA INI DAH LAME AKU SIMPAN,INI KISAH BENAR YANG BERLAKU DIHADAPAN MATE AKU..SEHINGGA KINI AKU TAK MAMPU LAGI NAK TERUSKAN KISAH ADIK MANIS INI...
TERLALU SAYU..















MATERIOR 2013


                                     
 

        "  Assalamualaikum hati..cinta datang"
                   
       "Waalaikumussalam cinta..silakan masuk,nanti saya buatkan segelas rindu untuk awak"

       "Auuuch..sibuk la nyamuk ni takde tempat lain ke kau nak lending,kaki aku jugak jadi 
       mangsa kau..ahhhhh" pap merah sudah kulit kaki Dina,entah yang keberapa kali kakinya menjadi mangsa gigitan.

    Dari kejauhan tidak ada siapa yang perasan tentang kehadiran seorang gadis yang sedang berada di atas bumbung rumah teres satu tingkat di taman perumahan Bukit Damai.Gadis ini sedang memerhati langit,mendongak mengharap dapat melihat keajaiban tahi bintang jatuh.Dina sanggup memanjat bumbung yang entah keberapa kalinya gadis genit ini memanjatnya.
 
 
                   TAK MAMPU AKU NAK TERUSKAN CERITA NI.....





   

Tuesday, 18 February 2014

OMBAK KEHIDUPAN


YA AZIZ..YA JABBAR..YA LATIF..YA MUHAIMIN..YA MAJID..YA RAHMAN..YA RAHIM..







      Perjalanan ini masih panjang.Terlalu banyak liku-liku kehidupan yang harus aku tempuhi.Berapa lama lagi harus aku gagahi langkah kaki ini,agar hati ini tidak akan mempersoalkan dengan yang Maha Esa dengan apa yang telah ku lauli selama ini.
      Perit sungguh..tidak terbayang ini yang harus aku tempuh selama hidup ini.Tapi bagaimana??
Bagaikan nafas dihujung tanduk,tidak mampu untuk udara sampai di rongga-rongga nafasku.Ku sangka mendung yang gelap akan berlalu pergi membawa sinaran mentari,rupanya hujan lebat yang membasahi diri.Semakin lebat ujian hidup ini,semakin hebat petir menyambar diri..semakin lunak alunan angin taufan menderu menerobos menyiat tangkai jantung ku.
       Selama mana?? adakah aku tuhan yang tahu akan rencana hidupku? aku hanya mampu merancang setiap yang terlakar hebat di setiapnsudut ruang mindaku tergambar sebuah kehidupan indah bersama kenangan yang abadi akan ku bawa hingga ke syurga,namun itu hanyalah angan halusinasi yang hanya menanahkan lagi segala ruang yang ada di setiap inci dagingku.
      Tuhan adilkah semua ini??Adilkah hanya aku seorang yang menangung derita ini? Mengapa manusia itu bebas tanpa ada sekatan duniawi.sedang aku kau ambil segala ruang kebahagiaan yang sedang menular di sekitar hidupku? Tuhan bukan aku yang menginginkan semua kepahitan terus berlalu..bukan aku mempersoalkan segala kehendakmu..tapi aku tidak mampu lagi untuk menangung segala kepayahan ini.
      Tuhan..bukan wang ringgit berjuta yang menaburi tidurku,bukan juga penghormatan melambung dunia pada manusia hina ini,bukan juga sajian enak yang memenuhi ruang rongga hina perut ini yang akhirnya keluar bagaikan bangkai busuk.Tuhan..aku hanya inginkan sedetik ruang dan peluang untuk merasa bahagia,berilah peluang itu padaku.Jangan kau tarik nikmat itu dari hidupku.
      Segala onak dan duri yang sering ku lalui walau payah sekali untuk ku teruskan namun ku gagahkan jua.Setiap perlakuan ku hiasi dengan senyuman alau sebenarnya pahit untuk ku lakukan.Ku dengar segala kata-kata nista manusia.Ku tadahkan telinga agar hati-hati mereka lega dengan keluarnya segala yang mereka tangung..namun adakah balasan buruk ini miliku?
      Tuhan walau pun pahit yang kau berikan padaku di dunia ini akan kutelan dengan rela hati,agar kau berikan madu diakhirat nanti.Biar kau berikan minuman pahit dugaan ini aku rela menerimanya agar kau memberi air dari sungai-sungai yang mengalir di bawah syurgamu.
     Tuhan aku sedar diri ini tidak sehebat Asiah berdepan suami seperti firaun yang mengaku dirinya tuhan,hebatnya Asiah menghadapi maut dengan senyuman walau diri terlentang dihempap batu besar.Tuhan aku juga tidak sesuci Rabiatul Adawiyah yang hidupnya engkau angkat dari manusia biasa ke tahap setinggi Sufi..Tuhan aku tidak semulia Aisyah R.a.Tuhan aku manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan besar dalam hidupku.Dunia ku berputar dalam paksi keterbalikan dari fungsinya.Aku hamba yang hina yang engkau ciptakan dengan kehidupan yang sarat dengan dugaan dan ujian.
       Mengapa Firaun itu tidak engkau ambil nyawanya ketika ini?? atau aku yang engkau cabut nyawa kerana aku sudah tidak sanggup menanggung dosa-dosa semalam.Tuhan aku tidak semampu Asiah yang penuh dengan kesabaran didadanya menghadapi manusia sekejam FiraunYA.Aku hanya hamba perempuanmu yang lahir dari kandungan seorang ibu yang hebat menangung cabaranMU namun aku hanya hamba peremuanmu yang penuh dengan perasaan benci dan dendam yang terpahat dalam sanubari yang tidak mampu untuk aku lawan.
      Tunjukkan aku Tuhan jalan yang engkau redhai,jalan orang-orang yang soleh yang terdahulu sebelum aku.Tunjukkan aku jalan mana yang harus aku lalui di dunia ini.Terlalu banyak jalan bengkok yang sering ku lalui yang tersasar dari landasan kebenaranmu.Sampai bila harus aku tersesat di hutan belukar dosa yang merantai jiwa ini Tuhan?? Sampai bila akar-akar kehinaan akan terus membelit di leher manusia ini.Sampai bila bunga-bunga busuk dosa akan terus mekar mengharumkan kesegenap penjuru dunia ini?
      Tuhan..aku mencari jalanMU.Aku redah lautan dosa yang bergelora menghempas diriku agar aku dapat sampai ke destinasi cintaMU.Destinasi yang amat panjang dan sukar ku redah..ku daki pancaroba gunung kehinaan agar aku dpt sampai ke[uncak kebahagian kehidupan.Ku tepis setiap angin yang membawa duri-duri sakti untuk menusuk ke jantungku dengan tangan kepayahan hati yang engkau berikan agar aku dapat secebis kebahagiaan.
       Tuhan berikan aku harapan,berikan aku kebahagian,berikan aku kehidupan,berikan aku keimanan,berikan aku ketakwaan,berikan aku secebis kasih dan empati MU.Agar aku tetap tabah harungi badai ombak kehidupan yang mendebarkan.