Thursday, 6 November 2014
Pengembara Jalanan
Assalamualaikum..hye buat pembaca blog yang i sayangi,myb tanpa pengetahuan i ade yang dah jadi pembaca setia blog ini tanpa pengetahuan i.Sory kalo i perasan sikit kat sini,bcoz ade yang meseg kat i yang depa selalu dok baca blog i tapi jadi secret folowers,THANKS U ALL.
So malam ni i rase i nak ubah sikit i punye entri but ikut "Moody" i k.Bukan ape i nak lari sikit dari kebiasaan entri-entri i yang selama ni banyak menyentuh tentang bab-bab ketuhanan,hati & perasaan and so on la yang membuai-buai perasaan u alls kan.
So thats it la..sejak-sejak i balik dari merantau seminggu ke negeri yang terkenal dengan perkasamnye tu of coz la Perak & Kedah dik non,akak dah terkenezzz kejutan shookssss sikit pada urat-urat kepale ni.Ni akak nak cerita la kat sini ehemm..saje nak luah perasaan sikit,macam ni akak merantau ke negeri orang tak lama dik non sekejap jek dalam seminggu but i tell u i gets macam-macam pengalaman yang syoksss sangat.Almaklumla hobi akak ni yang korang tak tahu selame ni adalah "mengembara" but baru la kali ni akak terlepas dik dari kurungan haha (untuk kebaikan) thanks mom love u "muaaksss".Ok sambung balik cerita,akak dapat pengalaman masak dik non macam-macam resepi akak belajaq credit banyak-banyak pada adik akak tu (ff) thank a lot dik.
Hari pertama melangkahkan kaki keluar rumah amat menyeramkan sikit bukan ape nak jalan jauh la katakan.Kaki di hayun dik dengan pantas sepantas kilat kalau boleh nak lagi lebih dari kilat,tak cukup kaki akak rase nak berjalan..very the faasssst!! i naik teksi turun ke terminal bus larkin dik,naik teksi pak cik peramah sangat macam tak cukup mulut nak bercakap,akak dah blurr dah dik dalam hati berdoa cepatlah sampai ke bustand "udah-udah ler pak cik membebel" dalam hati jek haha..tapi di wajah tetap mengukir senyuman manis dik maklumlah kite ni minta tolong die hantar kan,jadi kene la berbudi cikit dik takut-takut die p hantaq kite ke kebun china mana mampuih la akak kene rogol karang.Ok bile akak dah sampai bustand dik akak terus cari kaunter..terus punye terus haaa dari jauh akak dah nampak tampalan kertas A4 didinding kaunter JB-TBS JAM 5.30.Alhamdulilah allah mudahkan perjalanan akak dik non,cepat-cepat akak menyambar terus tiket yang berharga rm32 (akak dah lupe regenye berape..sory).tunggu punye tunggu bus pun sampai.Akak pun melangkahkan kaki naik bus..terus mencari tempat duduk yang tertera di resit.Akak melabuhkan punggung di sit yang empuk dan bus yang berhawa dingin "Ya Allah sedapnye..sejuuuknye" dalam hati.Bukan ape dik,akak dah kepanasan menuggu tadi jadi bila dah dapat nyamannya rasa aircond tu fuuuhhhh menusuk sampai ke tulang hitam dia punya syookkkks ooooo.
Bus pun meneruskan perjalan ke destinasi yang akak nak tuju,TERMINAL BANDAR SELATAN (TBS).Adoii dik non lenguh punggung akak dik,sebo orang jb say!! dari jam 5.30 petang until 9 lebih malam akak sampai TBS tu.Apasal la pak cik bus ni bawak bus macam siput?? ngut..ngutt..ngutt..stress akak dik.Ko tahu tak dik,almaklum la jarang sekali akak ambik bus dua kali transit macam ni.Selalunye akak ambik tiket terus ke Kedah,tapi haritu punye cerita akak turun KL dulu.Dah ler sampainye dekat jam 10 malam,ko tahu dik akak ni dengan pantasnya berjalan untuk mendapatkan tiket ke Ipoh.Jalan punye jalan sambil mata melilau cari kaunter.."eh mana kaunter yang nak menuju arah utara ni??" dalam hati dah tertanya-tanya.Akak pun terus tanya kaunter "kak,tumpang tanya,tiket nak ke utara belah mana ya?" tanya akak sambil senyum sumbing ni dik.Akak kaunter pun jawab "adik salah tempat ni,kat sini sume ke selatan,kalo nak ke utara kene pegi Pudu Central" terang akak tu.Akak pun apa lagi terkedu dik non,rase macam nak tejojol biji mate ni "alaaaa..aku salah tempat ke ni?" dah mengerutu dalam hati ni."Time kasih ye kak" jawab akak dik berbasa basi dengan akak kaunter tu.Mata akak buntang dik baru la akak teperasan yang alaaaa TBS ni kan ke selatan jek,watpe aku nak ke selatan balik? adoiiiii...jadi terpaksalah akak tahan teksi lagiiii untuk ke Pudu Central kene lagi rm10.30.Cegini pun 10 hingget ke pak cik? apalah nasib baik saya ni merantau,kalo idok takdenye aku nak jumpe muke En.Teksi ni lagi burrrrrrr!!!!
Sampai dah ke Pudu Central,akak pun terus ke kaunter "mana dik?" tanya akak kaunter tu."Kuala Kangsar ade kak?" tanya akak dik kat akak kaunter yang mukenya ni macam tampung minyak bergelen-gelen."takde,dah habis,Ipoh tinggal"balas akak kaunter tu."emmmm..bole la kak..kasi satu" mata akak yang dah sungguh penat dan lapor tahap nak makan orang ni dik.Selesai jek akak beli tiket,akak pun toleh kiri kanan,tengok jam dah jam 10 setengah malam alaaaaa..lambat lagi nih.Bus sampai jam 11 setengah dik,perut akak dah berdangdut,berjoget,berdansa-dansa melonjak dik non.Akak pun beli la buger abang Ramly dik sebungkus dengan air mineral cap bukit mana ntah mate akak dah kelabu asap ni dik @_@.
Sambil akak tunggu bus tu dik,mulut akak pun mengonyel-ngonyel burger abang Ramly ni.Haiiii..bus lame lagi ke nak datang menjemput Toh Puan Seri ni?? akak dah tak sabar nak melelapkan mata ku yang dah kecik jek nampak orang ni.Bayangkan lah Mat Bangla ade,Mat Pakistan ade,Mat Deris pun ade laaaaa..macam-macam Mat ade tu belum masuk cik jah,cik minah,cik peah haiiii alaaa Bolywood mawood la dik mata akak ni @_@
Bus lambat!! jam 12 setengah baru sampai? heiiii...aku saman pak cik drebar ni karang baru tau.Suke hati die jek lambat menjemput akak ni.Die tak tau yang die nak menjemput Toh Puan Seri ni naik!!! haaiiii...tak kesah la dik janji akak dapat duduk.Dah naik bus tu,akak pelan-pelan cari tempat duduk.Mak aiiiii!!!!! lagi la terkezuuuutt beruk akak di buatnye,ko nak tahu dik lagi la antarabangsa punye bus ni.Mat Nepal ada,Mat Myanmar ada..macam-macam lagi la Mat yang ada...adoiiii!!!! seksanya jiwa akak dik.Tak aman langsung akak nak bersantai-santai di dalam bus ni nyampah!!! ;p
bersambung..................................................................nantikan cerita akak yang selanjutnya
calloooo bete..achaaaa!!!
Sunday, 23 February 2014
SAYANGKU SALEHA
Bismillahirahmanirahim...dengan izin tuhanku,aku kembali lagi untuk menukilkan sesuatu yang ku rasa ianya amat bermakna untuk kalian fahami arti hidup ini.
"Apa yang di menungkan tu dik?" sukar untuk aku mentafsir apa yang tersirat di hati manusia kecil ini.Dia Siti Salehah gadis cilik yang lincah,bijak,nakal dan berdikari adalah seorang anak kecil yang masih belum mengerti tentang arti hidup ini.Kesusahan yang melanda tidakpernah menghalang kelincahanya dalam meniti hari-hari yang dilalui.Dia seorag gadis yang ku fikir bersemangat dan tidakpernah mngeluh atas kesusahan yang dihadapi oleh kedua orang tuanya.
Sayangku Salehah..kau masih muda sayang,masih jauh perjalanan hidupmu untuk kau teruskan,walau apapun rintangan yang datang melanda kau harus kuat dan tabah.Gadis ini setiap pagi akan ke sekolah seperti biasa,masih berada di sekitar darjah 4.Pulang dari sekolah dia akan membantu ibunya menjaga adik-adiknya yang masih kecil seramai 4 orang..
Ibunya hanya seorang suri rumah yang megambil upah memetik taugeh dengan upah RM1.60 sekilo,namun sehari hanya mampu memetik 6 kilo sahaja.Bapanya hanya bekerja sebagai tukang rumah,namun setelah aku melihat hasil kerjanya,ianya amat meuaskan hati.Hasil kerja tanganya amat teliti dan halus serta kreatif orangnya.Dengan gaji yang tidak seberapa,tangan itulah yang memberi makan kepada 5 orang anak yang masih kecil.Maka tidak hairanlah mengapa Salehah dapat menjadi seorang anak yang bertangungjawab,berdikari sendiri,kerana dia tahu perhatian yang akan diberikan kepadanya tidak sampai 100% kerana ada lagi adik-adiknya yang lebih memerlukan perhatian.
Adiknya yang bongsu mengalami paru-paru berlubang,hampir setiap malam menangis apabila hendak tidur.Maka perhatian juga lebih kepada yang adiknya yang bongsu.Sukar untuk aku menafsirkan kepayahan hidup mereka sekeluarga.
"Adik leha ramai kak" keluh Saleha
"Seronok kan ada adik ramai,bole main same-same" biacara ku dengan niat ingin memujuk gadis ini.
"Hidup kami susah kak" renungan matanya mengocak jiwaku..sayu.
Dia berlari lagi sepanjang pantai..ku fikir mungkin untuk melepaskan segala yang tersimpan di benaknya.Dari apa yang diceritakan oleh adikku angah kepadaku,malam itu adikku angah tidak dapat melelapkan mata.Angin berhembus kuat menandakan malam itu akan hujan.Namun regekkan sikecil Salam akibat gigitan nyamuk membuatkan lena kami terjaga.Apa yang di perhatikan angah,kak Hawa ibu kepada gadis kecil Saleha bangun lalu mendokong anak kecil itu,dikipaskannya menghalau dengan tujuan agar nyamuk yang singgah akan pergi tidak lagi menganggu lena anak kecil itu.Jika lena si kecil itu terganggu maka sakit Salam pasti akan datang,sikecil akan mengalami kesesakkan nafas,ini akan menyukarkan pergerakkan si kecil itu.
CERITA INI DAH LAME AKU SIMPAN,INI KISAH BENAR YANG BERLAKU DIHADAPAN MATE AKU..SEHINGGA KINI AKU TAK MAMPU LAGI NAK TERUSKAN KISAH ADIK MANIS INI...
TERLALU SAYU..
MATERIOR 2013
" Assalamualaikum hati..cinta datang"
"Waalaikumussalam cinta..silakan masuk,nanti saya buatkan segelas rindu untuk awak"
"Auuuch..sibuk la nyamuk ni takde tempat lain ke kau nak lending,kaki aku jugak jadi
mangsa kau..ahhhhh" pap merah sudah kulit kaki Dina,entah yang keberapa kali kakinya menjadi mangsa gigitan.
Dari kejauhan tidak ada siapa yang perasan tentang kehadiran seorang gadis yang sedang berada di atas bumbung rumah teres satu tingkat di taman perumahan Bukit Damai.Gadis ini sedang memerhati langit,mendongak mengharap dapat melihat keajaiban tahi bintang jatuh.Dina sanggup memanjat bumbung yang entah keberapa kalinya gadis genit ini memanjatnya.
TAK MAMPU AKU NAK TERUSKAN CERITA NI.....
Tuesday, 18 February 2014
OMBAK KEHIDUPAN
YA AZIZ..YA JABBAR..YA LATIF..YA MUHAIMIN..YA MAJID..YA RAHMAN..YA RAHIM..
Perjalanan ini masih panjang.Terlalu banyak liku-liku kehidupan yang harus aku tempuhi.Berapa lama lagi harus aku gagahi langkah kaki ini,agar hati ini tidak akan mempersoalkan dengan yang Maha Esa dengan apa yang telah ku lauli selama ini.
Perit sungguh..tidak terbayang ini yang harus aku tempuh selama hidup ini.Tapi bagaimana??
Bagaikan nafas dihujung tanduk,tidak mampu untuk udara sampai di rongga-rongga nafasku.Ku sangka mendung yang gelap akan berlalu pergi membawa sinaran mentari,rupanya hujan lebat yang membasahi diri.Semakin lebat ujian hidup ini,semakin hebat petir menyambar diri..semakin lunak alunan angin taufan menderu menerobos menyiat tangkai jantung ku.
Selama mana?? adakah aku tuhan yang tahu akan rencana hidupku? aku hanya mampu merancang setiap yang terlakar hebat di setiapnsudut ruang mindaku tergambar sebuah kehidupan indah bersama kenangan yang abadi akan ku bawa hingga ke syurga,namun itu hanyalah angan halusinasi yang hanya menanahkan lagi segala ruang yang ada di setiap inci dagingku.
Tuhan adilkah semua ini??Adilkah hanya aku seorang yang menangung derita ini? Mengapa manusia itu bebas tanpa ada sekatan duniawi.sedang aku kau ambil segala ruang kebahagiaan yang sedang menular di sekitar hidupku? Tuhan bukan aku yang menginginkan semua kepahitan terus berlalu..bukan aku mempersoalkan segala kehendakmu..tapi aku tidak mampu lagi untuk menangung segala kepayahan ini.
Tuhan..bukan wang ringgit berjuta yang menaburi tidurku,bukan juga penghormatan melambung dunia pada manusia hina ini,bukan juga sajian enak yang memenuhi ruang rongga hina perut ini yang akhirnya keluar bagaikan bangkai busuk.Tuhan..aku hanya inginkan sedetik ruang dan peluang untuk merasa bahagia,berilah peluang itu padaku.Jangan kau tarik nikmat itu dari hidupku.
Segala onak dan duri yang sering ku lalui walau payah sekali untuk ku teruskan namun ku gagahkan jua.Setiap perlakuan ku hiasi dengan senyuman alau sebenarnya pahit untuk ku lakukan.Ku dengar segala kata-kata nista manusia.Ku tadahkan telinga agar hati-hati mereka lega dengan keluarnya segala yang mereka tangung..namun adakah balasan buruk ini miliku?
Tuhan walau pun pahit yang kau berikan padaku di dunia ini akan kutelan dengan rela hati,agar kau berikan madu diakhirat nanti.Biar kau berikan minuman pahit dugaan ini aku rela menerimanya agar kau memberi air dari sungai-sungai yang mengalir di bawah syurgamu.
Tuhan aku sedar diri ini tidak sehebat Asiah berdepan suami seperti firaun yang mengaku dirinya tuhan,hebatnya Asiah menghadapi maut dengan senyuman walau diri terlentang dihempap batu besar.Tuhan aku juga tidak sesuci Rabiatul Adawiyah yang hidupnya engkau angkat dari manusia biasa ke tahap setinggi Sufi..Tuhan aku tidak semulia Aisyah R.a.Tuhan aku manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan besar dalam hidupku.Dunia ku berputar dalam paksi keterbalikan dari fungsinya.Aku hamba yang hina yang engkau ciptakan dengan kehidupan yang sarat dengan dugaan dan ujian.
Mengapa Firaun itu tidak engkau ambil nyawanya ketika ini?? atau aku yang engkau cabut nyawa kerana aku sudah tidak sanggup menanggung dosa-dosa semalam.Tuhan aku tidak semampu Asiah yang penuh dengan kesabaran didadanya menghadapi manusia sekejam FiraunYA.Aku hanya hamba perempuanmu yang lahir dari kandungan seorang ibu yang hebat menangung cabaranMU namun aku hanya hamba peremuanmu yang penuh dengan perasaan benci dan dendam yang terpahat dalam sanubari yang tidak mampu untuk aku lawan.
Tunjukkan aku Tuhan jalan yang engkau redhai,jalan orang-orang yang soleh yang terdahulu sebelum aku.Tunjukkan aku jalan mana yang harus aku lalui di dunia ini.Terlalu banyak jalan bengkok yang sering ku lalui yang tersasar dari landasan kebenaranmu.Sampai bila harus aku tersesat di hutan belukar dosa yang merantai jiwa ini Tuhan?? Sampai bila akar-akar kehinaan akan terus membelit di leher manusia ini.Sampai bila bunga-bunga busuk dosa akan terus mekar mengharumkan kesegenap penjuru dunia ini?
Tuhan..aku mencari jalanMU.Aku redah lautan dosa yang bergelora menghempas diriku agar aku dapat sampai ke destinasi cintaMU.Destinasi yang amat panjang dan sukar ku redah..ku daki pancaroba gunung kehinaan agar aku dpt sampai ke[uncak kebahagian kehidupan.Ku tepis setiap angin yang membawa duri-duri sakti untuk menusuk ke jantungku dengan tangan kepayahan hati yang engkau berikan agar aku dapat secebis kebahagiaan.
Tuhan berikan aku harapan,berikan aku kebahagian,berikan aku kehidupan,berikan aku keimanan,berikan aku ketakwaan,berikan aku secebis kasih dan empati MU.Agar aku tetap tabah harungi badai ombak kehidupan yang mendebarkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)