Thursday, 8 February 2024

Harus melepaskan mu

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama yang Maha Pengaish Dan Yang Maha Penyayang

Harini jumaat, penghulu segala hari. Aku memutuskan segala apa yang telah terpendam selama ini dan aku lepaskan setelah sekian lama aku simpan. Hampir 15 tahun lamanya aku simpan, Dan sudah tiba masanya aku melepaskan apa yang bukan hak milk ku.
Lama ku simpan dan ku pendam namun akhirnya aku mahu berdamai dengan diriku. Selama ini yang ada adalah kesakitan batin, hendak dilepaskan namun sukar. Tapi kalini aku nekad dengan sepenuh hati aku dengan ini rela sepenuhnya dan seikhlasnya untuk melepaskan mu yang bukan milk ku. 
Sedih? Marah? Apa yang harus aku lakukan? Jika itu yang terpksa aku hadapi. Itu yang terpksa aku tanggung bukan setakat kalini tapi sudah sekian kalinya aku merasa begitu. Adalah aku tidak merasa bahagia? Ya aku pernah merasa bahagia, namun di kala rasa bahagia itu merasai,di saat itu juga kau merasa merana. Kerana hakikat sebenarnya yang perlu aku akui bahawa engkau bukan milk ku. Engkau hanya pinjaman dari DIA untuk waktu yang sangat sementara.
Kemudian apabila aku sadar akan hakikat ini, maka aku perlu akur akan perintahnya, sudah sampai masanya untuk aku mengundurkan diriku dari hidupmu. Kejam? Ya aku memang kejam. Aku tidak menunaikan janji. Tapi walau apa pun kata-kata Hina dilemparkan padaku, engkau juga perlu akur akan hakikat sebenar kehidupan ini. Engkau juga mengatakan padaku ,engkau tidak akan meinggalkannya. Namun dalam waktu yang sama engkau menyayangiku? Sudah terlalu lama aku disakiti, namun sedikit pun aku tidak pernah menjentik hatimu. Walau keparahan hatiku ini sudah tidak terbendung lagi. Kesakitan yang menusuk hatiku ini terlalu dalam. Melihat kebahagiaan mu walau aku merasa bahagia ,namun jauh di sudut hatiku, seharusnya engkau menjadi miliku. 
Qada' dan qadar harus ku terima, hakikat ini tidak mungkin berpihak kepadaku 

Thursday, 4 February 2021

Air mataku yang kaku beku

Hendak aku tangiskan, tapi tiada air mata yang tumpah. Seakan mengerti kepedihan ini terlalu dalam. Sakit ini terlalu dalam. Hendak aku luahkan, tapi tiada siapa yang dapat memahami selain darimu. Aku cuba bangun, aku jatuh kembali. Aku cuba berlari, kau mengejarnya.

Sukar untuk lalui, hanya seberkas sepi menemani diri ini. Saat rindu yang mendalam itu datang. Sudah tidak terluah oleh perkataan. Mungkin harapan ini terlalu tinggi. Tapi aku tidak berharap dengan mu. Aku hanya panjatkn harapan ini pada sang pemilik abadi.

Kekejaman yang kau tinggalkan pada diriku ini, adalah satu khianat yang paling dalam. Kau bisikkan padaku sayang, kau bisikkan padaku rindu.. Sedangkan itu semua palsu.

Kau baling semua cintaku, kau injak-injak nilai cintaku. Kau sungguh kejam, membuatkan aku bertahun lamanya disini. Tiada sambutan jarimu menyentuh hatiku. Kau anggap aku baik-baik saja. Sedangkan aku masih kau ikat.

Tak bisa ku lari dari bayanganmu

Aku tahu aku tak mampu memberimu senyum. Namun aku tak mampu melihat kau berduka.
Biar aku yang merasa sakit ini, namun aku tak mampu melihat kau berdua. Sayang ya aku pada mu terlalu sukar untuk aku ungkapkan. Tiada kata, tiada bicara. Apa yang aku mampu hanya menanti dalam diam. Moga doa ini sang pencipta mendengar. Aku tak mampu lari dari bayanganmu. Ia sering mengejar aku dalam diam. Membenam rindu ini yang tidak terluah. Merobek hati ini, menghiris luka yang makin dalam. Sakit sayang...sakit..aku sakit dalam diam. 

Sunday, 31 January 2021

Rela dalam Redha

Malam ini ku tarikan jemariku. Aku hanyut dalam seberkas sepi. Sukar untuk ku luahan segalanya. Takdir tuhan yang harus aku tempuhi. Rela aku dalam redha. Tiada sekelumit benci, yang ada hanya rindu memenuhi ruang dihatiku. Tiada sekelumit iri, yang ada hanyalah rasa bahagia melihat kau tersenyum. 

Friday, 8 January 2021

ku rindu kan purnamaku

Kerana terlalu rindu, aku tarikan jemariku di sini. Hampir ku tinggalkan kenangan ini. Hampir aku hilang arah kembali. Tiada kekuatan untuk aku melangkah. Aku perlu dia dalam kehidupan ku. Aku perlu dia dalam setiap hembusan nafasku. Aku perlukan dia untuk aku teruskan perjuanganku.

Tak terungkap lagi segala isi hatiku... 

Monday, 25 December 2017

Move on

  5 tahun aku tinggal dunia bloger. Wow!!! Tak sangka sungguh aku boleh ke tahap ni, korang ingat senang ke nak melupakan bende yang kite suka,minat & habit ni.

   Terima kasih pada viewer yang rajin membelek page aku ni. Aku pun tak sangka selama ini aku tinggalkan perkara yang paling aku suka. Bukan sesuatu yang mudah. Bukan juga hal yang senang untuk aku lakukan. Tapi demi meneruskan perjuangan aku buat juga.

    Ramai yang tertanya-tanya, kenapa selama ini aku menghilang?
Sampai ada yang whatsaap..(cehhh sekarang dah ada whatsapp weeehh)

Soalan: "hey, U dah tak menulis lagi ke?"

Jawapan: "Aku tinggalkan dulu hal yang aku suka"

Hidup ni perlu move on guys!!! Come on.
Hey.. U cakap senang la. U tak rasa duduk di tempat i.

Beb.. kalau aku rasa tempat kau pun. Kau nak rasa tak duduk tempat aku? 🤔
Kau pun taknak kan. So,kita ni tiada beza. Sama saja, semua orang ada masalah sendiri. Cuma cara kita berbeza dalam menyelesaikan masalah.

Beb, 3 tahun tu bukan sesuatu yang mudah tau. Lagi-lagi pada perkara yang kita suka. Kau boleh tinggalkan orang yang kau sayang, tapi kau boleh ke tinggalkan perkara yang kau suka? 😖

Tapi.. satu perkara sama yang kita boleh buat. Iaitu "SEMANGAT" !!!
Kau cakap senang la, semangat aku dah takda. Hey guys.. semangat tu kau boleh dapat la. Kau jek yang tak nak. Sebab kau tak nak. Cuba kau ada keinginan,kau ada perasaan ingin mencuba. Kau ada perasaan ingin buat sesuatu, aku yakin & pasti kau boleh! Yes..U can do it 💪

Come on guys..dunia ni terlalu singkat untuk kite termenung,sedih,pilu,kecewa and so on lah.

Kita perlu bangkit. Bangkit..bangun..bangun..bangun..
Kau akan rugi,rugi segalanya jika kau tak lakukan sesuatu. Kau akan ketinggalan jika kau tak berjuang.

Apa yang aku nak perjuangkan? 🤔
Wehh..hidup kau lah!! Kau rasa nak hidup ni takde perjuangan? Bangun pagi,celik mate,basuh muka pegi kerja..balik kerja sampai tido semula..itu perkara biasa?
Hey..takkan kau nak perkara biasa ni berlalu seperti angin?

So.. kau tanya aku,ape yang aku perjuangka selama aku menyepikan diri?
Aku buat macam-macam. Aku berniaga jamu,aku jadi bidan,aku jadi sale girl,aku jadi pengurus,aku jadi manusia haha 😂
Weh..24jam tak cukup untuk aku buat semua tu.

Tapi alhamdulillah..berkat semangat yang aku bina,aku keluar dari diri aku. Aku jumpa diri aku yang sebenar.
Macam mana nak jumpe diri kau sebenar? Meh datang jumpe aku, kite talk. Kita bincang sesame. Aku kongsikan  fikiran & cara aku untuk aku jumpa diri aku.

Apa lagi, dah baca coment la sikit
YEY OR NEY ???

Haha..ok chalo bete 🙋

Saturday, 3 January 2015

Terbang Tunduk


Assalamualaikum..sanah helwah

  Aku kembali lagi malam ini menarikan jari jemari halus untuk tatapan dan ikhtibar kalian.Perjalanan hidupku tidak seperti manusia-manusia lainya,hanya segenggam harapan yang bisa membuat aku untuk terus hidup.


aku ingin kalian amati lirik lagu dibawah ini,coba kalian amati bait-bait kata dalam lagu ini.Aku amat senang sekali menyanyikan lagu ini tatkala aku berasa jauh di bawah terjunam di dasar jiwa yang miskin ini.Nah..coba hayati






Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang

Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam

Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu

Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang

Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan

Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.




    Saat aku berada di bawah selalu aku memikirkan kapan aku akan naik ke atas.Alangkah bagusnya jika aku naik ke atas mengapai awan & semua cita-cita yang aku impikan.Kala itu aku hanya impikan yang indah-indah sahaja.Tidak pernah aku terbayang kesukaran apabila kita sedang berada di atas.

    Aku pasti bukan aku sahaja yang berpikiran seperti itu,bahkan ramai lagi yang seperti aku.Sewaktu kecil aku hidup susah.Semuanya susah,sekolah pun susah.Tidak punya cukup wang untuk biaya perbelanjaan sekolah ku.Tapi aku sentiasa berangan-angan untuk terbang di awanan biru membelah langit agar aku dapat gapai bintang-bintang syurga.
Sehingga dewasa juga kehidupanku tidak sehebat mana.Orang disekelilingku banyak yang memerhatikanku.Mereka selalu ingin sahaja mengetahui perkembanganku.Ada sahaja yang mereka tidak berpuas hati padaku.Namun aku masih tetap optimis dengan kehidupanku.
    Aku tidak pernah memikirkan apa yang mereka katakan,walaupun aku sering di umpat.Ya..pasti kerna aku ini anak yang tidak dapat membanggakan ibu bapa,pelajaranya juga tidak tinggi setinggi langit.Ini semua aku korabankan untuk orang-orang yang aku sayang.Aku korbankan untuk adik-adikku yang ku sayang.Aku tidak peduli kata-kata orang bahkan pandanagan sinis mereka bahkan ada yang tidak pandang langsung padaku.Mereka pikir aku ini bodoh,tidak punya pelajaran tinggi,tidak punya pekerjaan bagus.
    Aku pasti itu dulu,kini apabila aku sedang memanjat tangga-tangga kejayaan.Mereka yang mengata dan mengutuk mula memaniskan senyuman.Mula menyapa dengan panggilan hormat yang aku sendiri tidak pingin di panggil seperti itu.Ahhh..dunia..dunia mudah sahaja untuk membalikkan hati manusia-manusia kotor ini.
   Segetir mana pun cabaran,sekuat manapun ujian,setinggi manapun cacian yang memijak henyak di belakangku.Aku pasti masih ada sedikit ruang untuk aku berjaya di dunia ini.Tuhan pertahankan nyawaku,pertahankan jiwaku untuk aku selalu tunduk padamu.Untuk selalu hatiku tetap padamu agar kekecewaan lampau bisa aku tebus dengan sempurna.