Thursday, 4 February 2021

Air mataku yang kaku beku

Hendak aku tangiskan, tapi tiada air mata yang tumpah. Seakan mengerti kepedihan ini terlalu dalam. Sakit ini terlalu dalam. Hendak aku luahkan, tapi tiada siapa yang dapat memahami selain darimu. Aku cuba bangun, aku jatuh kembali. Aku cuba berlari, kau mengejarnya.

Sukar untuk lalui, hanya seberkas sepi menemani diri ini. Saat rindu yang mendalam itu datang. Sudah tidak terluah oleh perkataan. Mungkin harapan ini terlalu tinggi. Tapi aku tidak berharap dengan mu. Aku hanya panjatkn harapan ini pada sang pemilik abadi.

Kekejaman yang kau tinggalkan pada diriku ini, adalah satu khianat yang paling dalam. Kau bisikkan padaku sayang, kau bisikkan padaku rindu.. Sedangkan itu semua palsu.

Kau baling semua cintaku, kau injak-injak nilai cintaku. Kau sungguh kejam, membuatkan aku bertahun lamanya disini. Tiada sambutan jarimu menyentuh hatiku. Kau anggap aku baik-baik saja. Sedangkan aku masih kau ikat.

Tak bisa ku lari dari bayanganmu

Aku tahu aku tak mampu memberimu senyum. Namun aku tak mampu melihat kau berduka.
Biar aku yang merasa sakit ini, namun aku tak mampu melihat kau berdua. Sayang ya aku pada mu terlalu sukar untuk aku ungkapkan. Tiada kata, tiada bicara. Apa yang aku mampu hanya menanti dalam diam. Moga doa ini sang pencipta mendengar. Aku tak mampu lari dari bayanganmu. Ia sering mengejar aku dalam diam. Membenam rindu ini yang tidak terluah. Merobek hati ini, menghiris luka yang makin dalam. Sakit sayang...sakit..aku sakit dalam diam. 

Sunday, 31 January 2021

Rela dalam Redha

Malam ini ku tarikan jemariku. Aku hanyut dalam seberkas sepi. Sukar untuk ku luahan segalanya. Takdir tuhan yang harus aku tempuhi. Rela aku dalam redha. Tiada sekelumit benci, yang ada hanya rindu memenuhi ruang dihatiku. Tiada sekelumit iri, yang ada hanyalah rasa bahagia melihat kau tersenyum. 

Friday, 8 January 2021

ku rindu kan purnamaku

Kerana terlalu rindu, aku tarikan jemariku di sini. Hampir ku tinggalkan kenangan ini. Hampir aku hilang arah kembali. Tiada kekuatan untuk aku melangkah. Aku perlu dia dalam kehidupan ku. Aku perlu dia dalam setiap hembusan nafasku. Aku perlukan dia untuk aku teruskan perjuanganku.

Tak terungkap lagi segala isi hatiku...